Source : Hansard 2 March 2009
Tuan Charles Santiago [Klang]: Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri, soalan saya berkait dengan Pakej Rangsangan Satu. Beberapa analisa media khususnya media business mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah melepaskan satu peluang yang bagus untuk cushion ekonomi oleh kerana implementasinya itu kurang baik ataupun poor, an implementation is equally poor.
Berbangkit kepada negara-negara lain seperti Australia di mana pakej pertama mereka telah dikemukakan pada 1 Disember 2008 dan mereka telah mengeluarkan lebih kurang AUSD9 bilion – AUSD10 bilion untuk spike the economy sebanyak 1.2% iaitu untuk cushion ekonomi mereka yang mereka sangka akan dahsyat pada tahun ini tapi Kerajaan Malaysia telah mengemukakan pakej utama pada 4 November 2008 tetapi sampai minggu ketiga Januari wang baru sampai kepada kementerian.
Bukankah ini bermaksud bahawa pihak Kementerian Kewangan termasuk pihak kerajaan tidak bertanggungjawab untuk mengatasi masalah yang begitu serius yang dihadapi bukan sahaja oleh pekerja tetapi juga orang ramai dan juga pihak business dan sebagainya. Minta pandangan.
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Minta laluan.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Ya.
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan saya ialah bersusulan dengan apa yang telah disebut oleh Tan Sri Timbalan Menteri tadi ialah krisis ekonomi global ini berpunca daripada ideologi neo liberal yang melanda yang juga mendominasikan falsafah ekonomi kita tapi kita juga menyaksikan lebih kurang ada cycle setiap 10 tahun kita menghadapi krisis ini. 10 tahun yang lalu kita juga menghadapi krisis kewangan serantau di Asia. Saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah kerajaan berkali-kali menghadapi krisis ini, tidak dapat membina satu benteng untuk membela atau mempertahankan ekonomi kita, itu satu.
Kedua, adakah kerajaan mengamalkan ideologi yang berbeza dengan ideologi dominant ini iaitu neo liberal. Yang ketiga ialah pakej stimulus ini, perangsang ini pada pandangan saya nampaknya kita juga terjatuh dalam falsafah ini, kita tidak berbeza. Kalau kita mengamalkan dasar yang berbeza, yang lebih mengutamakan pekerja, mengutamakan membantu industri perkilangan tempatan yang mempunyai unsur-unsur lebih banyak protectionism dan juga social demokratik dalam kebajikan. Semua ini saya tidak nampak dalam pakej yang sebelum ini dan kita belum lagi menyaksikan mini bajet yang baru tapi pakej selama ini yang dilakukan oleh kerajaan seolah-olah juga mengikut falsafah dominan ini. Boleh Timbalan Menteri tolong jelaskan? Terima kasih.
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Boleh saya tambah sikit menteri?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, ini dah macam dialog Yang Berhormat. Menteri nak jawab dululah. Banyak dah soalan.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Ya, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, sila Yang Berhormat.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Tuan Yang di-Pertua, banyak isu-isu yang telah dibangkitkan memang adalah isu yang begitu penting yang sedang diperbahaskan di merata tempat.
Berhubung dengan isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik tadi tentang sistem perumahan, sistem pembinaan perumahan, tentang kelemahan-kelemahan yang wujud dalam aspek ini, kerajaan sedar dan langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki sistem ini supaya kita dapat mewujudkan satu sistem yang lebih lengkap dan berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang tadi, memang kerajaan sedar tentang pentingnya satu pakej stimulus diwujudkan dan oleh kerana itulah Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah membentangkan pakej pada bulan November.
Pada masa itu, sungguhpun keadaan ekonomi di negara-negara lain nampak runcing tapi pada bulan November, Disember dan Januari, kita nampak begitu teruknya keadaan ekonomi dan sebagai sebuah kerajaan yang responsif, yang sedar tentang cabaran, kita akan membentangkan satu lagi pakej pada 10 Mac ini. Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat PKR tadi tentang aspek dominant Anglo-Saxon capitalism, sistem kapitalisme Anglo-Saxon, sekarang ini sudah wujud semacam satu perbahasan dan di NewsWeek juga keluar satu artikel yang mengatakan bahawa dengan izin, we are now all socialist dan kita nampak sekarang di Amerika Syarikat sekalipun bank-bank sudah pun dimiliki oleh kerajaan, sungguhpun dengan izin the end word, the word nationalization jarang disebut dan dielak digunakan di Amerika Syarikat tapi kita tahu bahawa sistem mereka yang memberi begitu banyak penghormatan kepada dengan izin the invisible hand of the market tidak lagi boleh diterima dan memang gagal dan kini sudah wujud semacam persetujuan bahawa kita harus mencari satu sistem yang lain dan banyak pihak juga menganjurkan, berfikiran bahawa sistem baru akan mirip kepada sistem sosialisme.
Yang anehnya dalam dialog dan dalam perbahasan tentang kapitalisme khasnya kapitalisme ala Anglo-Saxon dan sosialisme tidak ada pihak yang memberi pandangan lain yang mengutarakan sistem kewangan Islam. Ini adalah sebab kita dari di antara dua selain dari dua sistem ini sudah wujud satu sistem di peringkat antarabangsa iaitu sistem ekonomi Islam.
Akan tetapi sehingga kini apabila kita sebut tentang ekonomi Islam, banyak kita tertumpu kepada sistem perbankan dan ada juga sistem kewangan. Akan tetapi mungkin inilah hikmah dari krisis ini sebab kalau negara-negara Islam termasuk Malaysia dapat memberi satu pilihan iaitu sistem ekonomi Islam. Saya yakin dan percaya bahawa sudah wujud masanya kita mengemukakan satu sistem ekonomi Islam yang lengkap yang mempunyai nilai-nilai yang boleh diterima oleh semua supaya ini dijadikan satu lagi pilihan selain dari kapitalisme dan sosialisme.
…………………….
Tuan Charles Santiago [Klang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Beberapa Ahli Yang Berhormat dalam ucapan mereka telah membangkitkan soalan R, the word R iaitu recession, the buzz word recession. Kalau kita nampak The Edge magazine, dia punya tajuk dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ‘Is economy falling off a cliff’. Basically they are questioning whether we all ready in the recession or not.
Dan kita dapati the last quarter Yang Berhormat Menteri, bahawa real GDP growth hanya 0.1% dan kita dapati bahawa eksport sudah jatuh 13%, domestic demand ataupun permintaan dalam negeri telah jatuh 8% dan juga investments, pelaburan baru untuk negara telah jatuh 10%.
Soalan saya ialah, bagaimana second package, pakej perangsang kedua akan mengatasi masalah ini, masalah confidents. Kedua, will the state ataupun pihak kementerian akan membuat pengumuman bahawa Malaysia is in technical recession, royal or technical. I think this is important sebab kawan-kawan saya yang membuat business dan juga orang ramai, pekerja-pekerja dan sebagainya agak begitu confuse right now kenapa kerajaan is very slow untuk address, untuk mengatasi masalah yang begitu penting, begitu sengit yang dialami oleh orang-orang di negara kita. So, are we looking at the recession and will the ministry announcing the recession dengan izin. Terima kasih.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu tadi memang satu isu yang kerap juga dibangkitkan tentang isu banjir. Kerajaan memang prihatin dan telah memberikan peruntukan yang begitu banyak untuk banjir dan akan terus memberi peruntukan. Kalau kaedah yang digunakan pada masa ini tidak sesuai atau kurang sempurna, saya berjanji kerajaan akan mengkaji semula kaedah yang digunakan dan mengambil tindakan supaya keadaan banjir ini diatasi dengan satu kaedah yang lebih lengkap dan sempurna.
Isu yang ditimbulkan tadi oleh Yang Berhormat Klang sama ada kita dah masuk dalam era recession atau tidak, memang dari segi teknikal, tidak. Sebab definisi untuk kegawatan text book definisi adalah kekuncupan ekonomi untuk dua suku berturut-turut. Jadi belum lagi sebab suku keempat pun, sungguh pun kadar pertumbuhan bukan satu angka baik tetapi dari segi teknik masih positif. Jadi kita belum masuk dalam era kegawatan.
Sungguh pun demikian, bagi saya yang penting bukanlah definisi teknikal atau definisi lain bagi recession. Kita tahu bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil yang bergantung juga serba sedikit kepada perdagangan antarabangsa, tidak boleh lari, tidak boleh terlepas dari menerima kesan dari kegawatan ekonomi global. Kita nampak Tuan Yang di-Pertua, untuk suku keempat sahaja ekonomi US telah menguncup 3.8%, Jepun 12.7%, negaranegara Euro, Euro area dengan izin 1.2% dan UK 1.8%. Singapura telah menguncup 3.7%, Korea 3.4%, Thailand 4.3% dan Taiwan 8.4%.
Ini menunjukkan bahawa keadaan ekonomi global begitu runcing dan Malaysia sebagai sebuah negara yang terbuka dan kecil memang tidak boleh lari dari keadaan itu. Sebab itu saya sebut hari itu bahawa kita bukan lagi dalam keadaan selesa, kita berada dalam satu keadaan yang begitu mencabar. Kerajaan akan mengambil tindakan yang perlu untuk memastikan bahawa kesejahteraan rakyat khasnya mereka yang berpendapatan rendah, rakyat daif dan miskin dipelihara.
Saya setuju yang disebut oleh Yang Berhormat Klang tadi tentang confidents. Memang satu mangsa dalam mana-mana kegawatan ialah confidents, keyakinan. Apabila sebuah negara dan rakyat kehilangan keyakinan untuk memulihkan ekonomi, begitu susah. Jadi yang penting sekali dalam keadaan sekarang di negara kita, saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua ialah kita harus pertahankan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, keyakinan bank terhadap peminjam, keyakinan business untuk terus meneruskan business, keyakinan developer untuk terus membina bangunan dan membina perumahan, ini yang penting sekali dan isu-isu inilah yang akan kita beri fokus dan tumpuan dalam mini bajet.