Source : Sinar Harian

Source : Oriental Daily

Title : Charles urges to investigate flat house’s water debt

Source :Nan Yang Siang Pau

Title : On RM810,000 water debt controversy, residents urge to investigate 2 Selangor subsidiary companies

Source : Sinchew Daily

Title : Charles urges select committee to investigate, flat house owes high water debt may due to abuse

Source : China Press

Title : Charles wants public hearing, fully investigate water debt at flat house

Source : Citizen Journalist / Youtube

ThePolitickler — April 07, 2010 — Penduduk Pangsapuri Armada Putra , Pulau Indah , Klang yang mendakwa kebocoran paip air dari tahun 2005-2007 telah menyebabkan tunggakan bil air sehingga RM815,000 dan bekalan air mereka telah dipotong sebanyak sembilan kali.

Pada hari ini wakil penduduk dibantu oleh Ahli Parlimen Kelang YB Charles Santiago menghantar memorandum kepada YB Shaari Sungib selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JPK-ABAS) di Dewan Undangan Negeri Selangor ,Shah Alam.

Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor di seru untuk menyiasat aduan penduduk berikutan masalah tersebut diwujudkan oleh dua anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu SAP Urus Harta dan Kolej Inpens. Selain dari itu Kerajaan Negeri juga memiliki 30% ekuiti dalam SYABAS, syarikat pembekal air .

Menurut Ahli Parlimen Kelang penduduk pangsapuri Armada Putra telah menjelaskan bil air mereka kepada pemaju Brisdale Holdings kemudiannya kepada syarikat pengurusan SAP Urus Harta tetapi bayaran tersebut tidak sampai ke Syabas. Selain dari itu pihak SAP Urus Harta, Kolej Inpens serta Syabas gagal membaiki kebocoran paip air menjadi punca utama bil air melambung tinggi.

Kini, penduduk menjadi mangsa kesilapan pengurusan syarikat. Selanjutnya di http://www.cj.my

Video dan Laporan oleh wartawan masyarakat S Arikrishnan

Source : Malaysian Nanban

Source : The Star

Friday March 26, 2010

By EDWARD R. HENRY

edward@thestar.com.my

ABOUT 50 families living at the Taipan Apartments, Bandar Putra Armada in Pulau Indah, face having their water supply disconnected due to a RM815,000 water bill, owed by the Joint Management Board (JMB).

The officers from Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) led by its Billing and Recovery general manager Shahruddin Ab Rahman had a 35-minute confrontation over the water cut move in front of the main gates to the apartments.

Shahruddin demanded that the gates be opened to allow them to disconnect the main pipes to the apartment blocks.

Irate residents gathered at the main entrance and kept the main gate locked while women and children stood at the corridor of the apartments watching the confrontation.

Klang MP Charles Santiago, who represented the residents, negotiated with Shahruddin to give the residents a reprieve as the matter was being sorted out.

On March 19, Syabas had tried to cut the water supply at midnight and there was a confrontation between the residents and Syabas workers.

The Selangor administration had agreed to a goodwill payment of RM40,000 as a first step before discussing with Syabas how to resolve the matter.

Santiago said the water concessionaire had to be patient as the RM40,000 could only be paid according to procedures.

“I have told Shahruddin to give the matter until next week as the mentri besar’s political secretary Nik Nazmi will bring up the matter at the State Economic Planning Unit meeting to speed up payment,” he said.

Resident and ad-hoc committee member Mohd Tarmizi Hasan said the JMB ADSB Services Sdn Bhd, the management firm maintaining the apartments, must come forward to clarify the matter and not make the residents the victims.

Most residents had paid their dues but no receipts had been issued, he said.

Source : Berita Harian

2010/03/25

PELABUHAN KLANG: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) semalam menangguhkan operasi pemotongan bekalan air di Pangsapuri Armada Putra, Pulau Indah, di sini, yang tertunggak lebih RM815,000 sehingga mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri.

Penangguhan itu dibuat selepas kira-kira 20 penduduk mengunci pintu pagar ke kawasan perumahan mereka daripada dimasuki pegawai Syabas serta polis untuk melaksanakan operasi berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som, berkata satu perbincangan sudah diadakan dengan kerajaan negeri melalui Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berjanji kerajaan negeri akan membayar RM40,000 sebagai pendahuluan, selewat-lewatnya 14 Mac lalu. Bagaimanapun, katanya, sehingga semalam, tiada sebarang bayaran dibuat dan tiada sebarang surat dikeluarkan bagi menerangkan keadaan sebenar mengenai bayaran tunggakan itu.

“Syabas pada 1 Februari lalu memotong bekalan air di pangsapuri berkenaan tetapi atas dasar tolak ansur, menyambung semula bekalan selepas kerajaan negeri memberi jaminan akan membuat bayaran pendahuluan.

“Penduduk juga diberi peluang untuk mengemukakan cadangan bagi kaedah pembayaran bil mereka yang tertunggak sehingga 19 Mac lalu tetapi tiada maklum balas diterima,” katanya kepada pemberita di sini.

Ditanya tempoh penangguhan pemotongan, Abdul Halem berkata Syabas akan membuat keputusan selepas menerima surat daripada kerajaan negeri seperti dijanjikan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago kepada pegawai Syabas ketika operasi sepatutnya dilakukan pagi semalam.
“Syabas memahami masalah yang dihadapi penduduk akibat pemotongan ini tetapi kami tiada pilihan lain untuk memastikan pihak pengurusan menjelaskan tunggakan ini,” katanya.

“Syabas tidak akan mengambil tindakan sewenang-wenangnya selain berpandukan kepada polisi dan prosedur yang ditetapkan syarikat dan undang-undang berkaitan,” katanya.

Bagaimanapun, Charles membidas Syabas dengan mendakwa tindakan memotong bekalan air pada 19 Mac lalu menunjukkan syarikat itu hanya mementingkan keuntungan dan tidak menguruskan bekalan air daripada aspek sosial dan perikemanusiaan.

Beliau berkata, ia kerana Nik Nazmi sudah meminta agar Syabas memberi kelonggaran tarikh bagi membuat bayaran tetapi permintaan itu ditolak dan syarikat itu mengarahkan pemotongan bekalan air serta-merta sebaik tarikh tamat pada 19 Mac lalu.

“Syabas perlu memikul sebahagian tanggungjawab mengenai jumlah tunggakan bil air di Armada Putra kerana syarikat ini tidak mengesan masalah kebocoran air untuk diperbaiki secepat mungkin.

“Kebocoran paip menyebabkan tunggakan air melambung hingga RM800,000 dan tidak mampu ditanggung penduduk,” katanya

Source : Sinar Harian

Source : Sin Chew Daily

Title : Residents close fence door, “negotiation at gate” postpones water cut again

Source : Nan Yang Siang Pau

Title : Selangor govt allocates 40K for debt, Syabas temporarily stops water disconnection

Source : Oriental Daily

Title : Water debt RM800K for 8 years, flat residents close door to avoid water cut

Source : China Press

Title : Temporarily stop water disconnection, Water company again postpones

Syabas intended to carry out water disconnection at Armada Putra flat, Pulau Indah this morning.

I was negotiating with Syabas General Manager En. Shahruddin that since the political secretary to Menteri Besar Selangor YB Nik Nazmi has promised to make initial payment of RM40K as the first step of resolving the RM800K water debt, why don’t syabas gives more time to YB Nik as he needs to follow certain state financial procedures.

Eventually En Shahruddin agreed to stop the operation with condition that i write him an official letter that when the payment can be made.

– Negotiating with En Shahruddin

Reaching a consensus

Explaining the issue to media

With the people

Gun and Power

Powerless children and women. Water disconnection against convention on rights of child which signed by Malaysian government

Source : Harakah Daily

Harakahdaily

KLANG, 21 Mac: Langkah Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih konsesi air daripada tangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga dialu-alukan oleh rakyat dan sudah tentu akan ‘merakyatkan’ perkhidmatan bekalan air, bukan mementingkan keuntungan sahaja.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (gambar) menekankan akses kepada air adalah hak assisi manusia dan hak itu tidak boleh dikompromikan.

Beliau turut merakamkan kekesalan terhadap perbalahan pemotongan air di Pangsapuri Armada Putra, Pulau Indah pada malam 19 Mac lalu di mana pihak Syabas bersama polis ingin memotong bekalan air kali ke-11 tetapi dihalang oleh penduduk dan mencetuskan kekecohan.

Beliau berkata, Syabas sepatutnya boleh mengelakkan tindakan keterlampauan itu dengan memberi kelonggoran beberapa minggu bagi Kerajaan Negeri Selangor membuat bayaran dan berunding masalah itu seterusnya.

Sebelum ini, katanya kerajaan negeri telah bersetuju membayar tunggakan air sebanyak RM40,000 sebagai langkah pertama sambil membincang dengan semua pihak berkenaan untuk mencapai penyelesaian keseluruhan.

“Akan tetapi kerajaan negeri tidak dapat membuat bayaran dalam masa satu minggu kerana terikat kepada prosedur kewangan kerajaan negeri,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Nik Nazmi telah meminta agar Syabas memberi kelonggaran tarikh bagi membuat bayaran itu.

Bagaimanapun, tambahnya permintaan itu ditolak oleh Syabas dan telah mengarahkan pemotongan bekalan air serta-merta selepas tarikh tamat iaitu 19 Mac lalu.
“Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa Syabas hanya mementingkan keuntungan dan tidak menguruskan bekalan air dari aspek sosial dan perikemanusiaan. Ini merupakan suatu  masalah yang mesti timbul selepas kerajaan menswastakan kemudahan awam seperti bekalan air,” ujarnya lagi.
Di samping itu, katanya pihak Syabas juga perlu memikul sebahagian tanggungjawab mengenai jumlah tunggakan bil air di Armada Putra.

Ini, ujarnya adalah kerana syarikat itu tidak mengesan masalah kebocoran air dan membaiki secepat mungkin.

Menurutnya, kebocoran paip telah menyebabkan tunggakan melambung sehingga RM800,000 yang tidak mampu ditanggung oleh penduduk

Sumber : Sinar Harian

Source : Harakah Daily

Harakahdaily

KLANG, 7 Feb: Kerajaan negeri meminta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyambung sementara bekalan air di Pangsapuri Armada Putra, Pulau Indah.

Perkara itu terkandung dalam surat yang dihantar Setiausaha Politik Menteri Besar merangkap Adun Penyelaras Dun Pelabuhan Klang, Nik Nazmi Nik Ahmad serta merta kepada Syabas selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk.

Kerajaan negeri juga akan menyiasat secara terperinci dakwaan salah urus (mismanagement) anak syarikatnya, SAP Urus Harta Sdn Bhd berhubung pemotongan air di pangsapuri itu.

Ini ekoran Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago telah mengadakan satu mesyuarat antara penduduk dengan Nik Nazmi dua hari lepas.

Dalam pada itu, Charles dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap pemotongan air kali ke-10 di pangsapuri berkenaan pada minggu lepas.

Keempat-emplat blok dikatakan berhutang sebanyak RM790,430.48 kepada Syabas, jumlah luarbiasa tinggi itu adalah disebabkan oleh kebocoran paip air selama dua tahun yang tidak dibaiki.

Menurutnya, melainkan kebocoran air, syarikat pengurusan bangunan menuduh penduduk tidak membuat bayaran air dan penyenggaraan.

Namun, ujarnya penduduk berkata mereka tidak harus dipersalahkan kerana tidak pernah menerima bil untuk buat pembayaran air dan penyenggaraan dalam enam tahun yang lepas.

Charles juga berharap agar Syabas menerima saranan daripada mesyuarat tersebut kerana air merupakan hak asasi rakyat.

Katanya, kerajaan dan syarikat air mempunyai tanggungjawab menjaga hak asasi rakyat terhadap air manakala syarikat tidak patut berorientasi keuntungan sahaja.

Tambahnya, beberapa mesyuarat dan perundingan antara Syabas, ahli majlis dan pihak berkuasa telah dijalankan sejak November 2009 dan satu jawatankuasa penduduk telah ditubuhkan.

Menurutnya lagi, pada Disember 2009, Syabas telah menangguhkan pemotongan air yang dirancangkan selepas campur tangannya dan kerajaan negeri.

Satu mesyuarat agung tergempar antara semua pemilik rumah dan syarikat pengurusan sekarang, ADSB Sdn Bhd telah dianjurkan pada 7 Disember lepas untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu itu tetapi tiada sebarang keputusan.