Source : Sinar Harian 8/12/09

Source : Selangorkini

Ahad, 06 Disember 2009 | Ruangan: Berita

KLANG, 6 Dis – Kerajaan Negeri Selangor mengingatkan rakyatnya agar memastikan tahap kebersihan persekitaran kediaman sentiasa pada tahap optimum bagi membendung demam denggi ekoran musim hujan sejak kebelakangan ini.

Atas kesedaran ini, Majlis Perbandaran Klang dengan kerjasama Alam Flora Sdn Bhd dan Sinar Harian hari ini menganjurkan Program Bersih dan Indah sekitar Bandar Klang kali kedua.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, sistem perparitan yang sering tersumbat boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Ketika ditemui TV Selangor, Charles berkata tahap kebersihan di Klang amat menyedihkan apabila kebanyakan saluran parit dan longkang dipenuhi sampah sarap dari kawasan perumahan.

“Kementerian Kesihatan telah mengatakan bahawa oleh kerana hujan ini yang begitu lebat, maka demam denggi akan merebak, dan juga nyamuk Aedes akan merebak secara berleluasa dan ini akan mengakibatkan banyak kematian dan sebagainya,” jelas Charles.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata pada 2010 kerajaan negeri menyasarkan seluruh Selangor menjadi kawasan bersih dan selamat.

“Ini menunjukkan kita ada satu permulaan yang baik dan kita harap gotong-royong ni dapat mempertingkatkan lagi kesedaran di kalangan orang Klang di mana kebersihan memang adalah sangat penting dan kita tidak dapat menjadikan Klang satu bandaraya kerana satu sebabnya ialah kita rasa Klang ini kebersihan masih tidak memuaskan selain faktor-faktor yang lain,” kata Ronnie.

Gotong-royong kali ini melibatkan lebih 200 anggota terdiri daripada kakitangan Alam Flora, Ikatan Relawan Rakyat, Penggerak Belia Tempatan, Jawatankuasa Penduduk dan ahli-ahli Pakatan Rakyat Kapar.

Bagi melicinkan kerja-kerja pembersihan, Alam Flora turut menyediakan dua lori terbuka,  satu lori compactor dan satu lori pencuci longkang tertutup.

Hadir sama Adun Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei; Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan; Pengurus Besar Operasi Alam Flora Sdn Bhd, Mohd Nasir Wan Idrus dan Ketua Pengarang Sinar Harian, Abdul Jalil Ali. – MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Sumber :Sinar Harian 7/12/09

Sumber : Nan Yang Siang Pau 7/12/09

Title : MPK & NGOs thousand people join gotong royong to

Sumber : Oriental Daily 7/12/09

Sumber : Sinar Harian 4/5/09

photograph39

Tarikh : 11hb Jan 2009, time : 830am-11am, tempat : Padang Taman Palm grove.

abcd0006

abcd0010

abcd0005

abcd0001

abcd0008

abcd0019

Ahli Majlis Ganasan telah menganjurkan satu gotong -royong di Taman Palm Grove, semua penduduk Taman dan sesiapa yang berminat dijemput menyertai gotong-royong ini.

Tarikh : 11hb Jan 2009

Masa : 8:30 – 11:00 pagi

Lokasi : Taman Palm Grove, Padang Lorong Setaka

“Cegah denggi, atasi banjir, Taman Bersih dan Permai”

gotong

Source : China Press
Title : Charles urges MPK to organize gotong-royong all over the Klang

gotong-royong-002

Source : Nan Yang Siang Pau

Title : Charles urges MPK to organize gotong-royong all over the Klang

gotong-royong-0012

Date : 21th Dec 2008

Time : 830am – 1100am

Venue : Taman Chi Liung Field (Beside Dewan Grace)

Organizer : Mr. Ganasan, MPK Local Councillor