SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA
TINGKAT 11, MENARA TH PERDANA,
JALAN SULTAN ISMAIL,
50250 KUALA LUMPUR

Tel: 603-2612 5600
Fax: 603-2612 5620
Email:humanrights@suhakam.org.my
Web:www.suhakam.org.my
“Hak Asasi Untuk Semua”
“Human Rights For All”
PENGARANG, MEJA BERITA UNTUK SIARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA
HAK KUMPULAN TERPINGGIR MESTI DILINDUNGI

 
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) berpandangan tegas bahawa agensi-agensi penguatkuasa tidak sepatutnya menyalahgunakan kuasa dan, antara lain, harus menghormati hak- kumpulan yang terpinggir terutamanya masyarakat Orang Asli dan Pribumi. Rujukan ini dibuat berhubung dengan kejadian penahanan dan penangkapan 13 Orang Asli di Gua Musang, Kelantan oleh pihak polis pada 28 Januari 2012. Jelas bahawa suku kaum Temiar telah mengadakan bantahan secara aman terhadap aktiviti-aktiviti syarikat pembalakan yang telah menceroboh ke atas tanah mereka. Malangnya lagi pihak polis telah didakwa menggunakan kekerasan dalam rombakan sekatan oleh masyarakat Orang Asli dan dalam proses tersebut telah menunjukkan sikap kurang sensitif, kurang mengambil berat dan kurang pemahaman tentang nasib rakyat yang terpinggir. Adalah juga difahamkan bahawa aktiviti pembalakan masih lagi diteruskan walaupun selepas jaminan diberikan oleh pihak berkuasa negeri untuk menyelesaikan ketidakpuasan suku kaum Temiar ini menjelang pertengahan bulan Januari, dengan itu telah mencetuskan bantahan suku kaum Temiar
Pihak polis dilaporkan telah merombak penghalang dan membakar struktur bersebelahan yang dibina oleh suku Temiar yang telah hanya menyatakan pendirian mereka dalam perjuangan untuk menuntut kembali hak mereka kepada tanah adat. Ahli keluarga dan rakan-rakan dilaporkan telah dihalang untuk mengiringi mereka ke pusat tahanan dan mereka juga telah dinafikan perwakilan peguam sebelum dibebaskan beberapa jam kemudian. Suruhanjaya menggesa kerajaan negeri untuk bertindak segera dalam menyelesaikan nasib masyarakat Orang Asli di Kelantan dan melindungi hak mereka kepada tanah nenek moyang dan hak kepada kehidupan. Adalah juga digesa agar semua kerajaan negeri menghormati keputusan mahkamah yang telah memberi hak tanah kepada Orang Asli dan agar dapat mengadakan lebih banyak rundingan terbuka bersama masyarakat ini.
Suruhanjaya kini sedang menjalankan Inkuiri Nasioinal buat pertama kalinya mengenai hak tanah masyarakat Orang Asli/Orang Asal yang bermatlamat untuk merangka syor-syor kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk mengkaji semula perundangan domestik tanah dan dasar-dasar yang menerapkan pendekatan hak asasi dan untuk merangka strategi dan pelan tindakan dengan tujuan untuk melindungi dan mempromosi hak Orang Asli/Asal kepada tanah.
-TAMAT-
“HAK ASASI UNTUK SEMUA”
TAN SRI HASMY AGAM
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
31 Januari 2012