The parliamentary Q & A about Klang third bridge on 30th Nov 2009
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Klang.
4.24 ptg.
Tuan Charles Santiago [Klang]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri kalau ada di Parlimen. Saya ingin membangkitkan dua isu, isu pertama ialah di bawah Butiran 31000, ini mengenai pembinaan jambatan dan jalan raya baru, khususnya saya ingin membangkitkan kelambatan untuk membina Jambatan Klang Ketiga atau Third Klang Bridge.
Projek ini telah diluluskan oleh Economic Planning Unit pada 7 Januari 2008 dengan anggaran RM10 juta dan Menteri JKR pada masa itu telah melancarkan secara rasmi pembinaan jambatan ini beberapa hari sebelum pilihan raya pada tahun lalu, tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang pembinaan sejak pelancaran oleh Yang Berhormat Menteri pada tahun lalu.
Soalan saya adalah, bilakah pembinaan Jambatan Klang Ketiga akan bermula semula dan mengapa pembinaan ditangguhkan sehingga kini, dan soalan berikut ialah mengapakah peruntukan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak RM67 bilion itu, iaitu ekonomi satu dan dua tidak digunakan untuk memulakan pembinaan jambatan ini.
Isu yang kedua berkait dengan Butiran 010000 iaitu mengenai pengurusan Kementerian Kerja Raya, isu yang saya hendak bangkitkan ialah isu mengenai laporan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Soalan saya ialah mengapakah laporan ini masih di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA, dan bilakah kerajaan bercadang untuk di classify laporan ini demi kepentingan dan keselamatan rakyat.
Terdapat spekulasi di kalangan rakyat dan juga di media tempatan, yang mengatakan bahawa kerajaan tidak ingin, saya ulang tidak ingin di classify laporan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ini, kerana melindungi syarikat-syarikat air dan kontraktor-kontraktor air tertentu, harap Yang Berhormat Menteri membuat penjelasan mengenai hal ini. Laporan surat khabar mengatakan bahawa faktor kritikal-faktor kritikal yang mengakibatkan keruntuhan di Bukit Antarabangsa ialah kebocoran paip air dan saluran paip yang aktif di rumah terbengkalai yang meningkatkan kandungan air dalam tanah di kawasan cerun berkenaan.
Soalan saya ialah, adakah pihak kerajaan termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara akan mengambil tindakan undang-undang terhadap firma-firma yang secara langsung atau tidak langsung bertanggungjawab di atas kematian empat orang rakyat Malaysia dan kerosakan-kerosakan harta benda yang dianggarkan berjuta-juta ringgit? Sekian, terima kasih.
………………………
2020
Dato’ Yong Khoon Seng: Okey, saya ada maklumat di sini ialah dari B.27 iaitu Bajet Belanja Mengurus. Kalau tiap-tiap tahun kita ada RM400 sehingga RM600 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan, kita boleh guna duit ini untuk… Amaun tidak mencukupi hari ini dan kita tahu duit ini untuk menyelenggarakan 16,000 km jalan persekutuan. Oleh kerana itu, jalan kalau dibandingkan dengan lebuh raya, memang standard ia ada lain sedikit.
Yang Berhormat Bagan Serai juga ada mengatakan mengenai penyelenggaraan parit dan longkang yang lemah sehingga menyebabkan banjir berlaku di kawasan jalan persekutuan. Saya tidak tahu di mana jalan itu tadi, tidak ada jawapan di sini tetapi kita mengambil perhatian.
Yang Berhormat dari Klang bertanya, mengapa perlaksanaan projek pembinaan jambatan ketiga Klang tidak dibiayai di bawah pakej rangsangan ekonomi? Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini sedar akan kepentingan pembinaan jambatan ketiga di Bandar Klang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Walau bagaimanapun, projek ini tidak dapat dilaksanakan di bawah pakej rangsangan ekonomi kerana tempoh pembinaannya melebihi 24 bulan seperti yang ditetapkan dalam Pakej Rancangan Malaysia. Projek ini juga tidak dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan memandangkan peruntukan ia tidak mencukupi. Namun begitu, cadangan projek ini akan dikemukakan semula kepada agensi pusat untuk dipertimbangkan perlaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
…………
Tuan Charles Santiago [Klang]: Minta laluan Menteri.
Dato’ Yong Khoon Seng: Nanti. Saya habiskan ini dulu. Program meninggikan aras jalan merangkumi skop meninggikan aras jalan sedia ada, membina pembetung dan membina jambatan baru secara berperingkat-peringkat. Sehingga kini, kementerian telah menyiapkan RM20 juta projek meninggikan aras jalan pada tahun 2007, RM40 juta disiapkan pada tahun 2008, manakala RM20 juta lagi disiapkan pada tahun 2009. Kementerian akan meneruskan program ini pada tahun 2010 serta Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi memastikan semua lokasi di ambil tindakan agar kejadian banjir dapat dikurangkan impaknya.
Tuan Charles Santiago [Klang]: Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Sebenarnya pada pagi ini saya telah bangkit ataupun tengah hari ini saya telah bangkit dua isu. Satu mengenai jambatan ketiga Klang dan sebenarnya pada 7 Januari 2008, sebenarnya tanah sudah di pecah. Projek telah dilancarkan oleh bukan sahaja Menteri JKR pada masa itu, tetapi juga oleh Tuanku Sultan Selangor. Ini menunjukkan bahawa ada allocation atau peruntukan yang telah dibuat. Soalnya sekarang ialah, mengapa dua tahun yang lalu masih tidak ada apa-apa perkembangan dalam projek itu? So sebenarnya, adakah ini satu cara untuk Kerajaan Persekutuan untuk menganaktirikan Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, oleh kerana mereka menyokong Pakatan Rakyat. Itu satu.
Kedua, isu yang saya bangkitkan ialah mengenai laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa. Ini merupakan satu isu yang begitu hangat dibincangkan bukan sahaja di Bukit Antarabangsa tetapi juga rakyat negeri Selangor. Apakah Kerajaan Persekutuan ataupun JKR tunggu supaya diklasifikasikan laporan ini? What is the Minister waiting for? Bukankah ini isu kepentingan rakyat dan juga kepentingan keselamatan rakyat, khususnya penduduk-penduduk di Bukit Antarabangsa? Lagipun empat orang telah meninggal dunia, mati akibat tanah runtuh ini dan there must be an explanation, mengapa ini berlaku? Adakah kerajaan menyembunyikan beberapa pengusaha-pengusaha air yang membuat kerja di sana? Laporan yang dikeluarkan mengatakan bahawa, oleh kerana kecuaian syarikat-syarikat ini, maka keruntuhan in berlaku. Minta penjelasan.
Dato’ Yong Khoon Seng: Tuan Pengerusi, mengenai jambatan yang ketiga, sebenarnya peruntukan tidak mencukupi, siling tidak cukup dan kita terpaksa tundakan. Mengenai laporan Bukit Antarabangsa, nanti saya akan sentuh.
Tuan Charles Santiago [Klang]: Yang Berhormat Menteri, kalau tidak ada peruntukan yang cukup, mengapa mula pecah tanah dan lancarkan projek? Ini merupakan satu cara untuk memutarbelitkan rakyat, khususnya dua tiga hari sebelum pilihan raya.
Dato’ Yong Khoon Seng: [Ketawa] Saya tidak boleh jawab. Yang Berhormat…
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Selayang bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Selayang depan.
Dato’ Yong Khoon Seng: Oh, ya.
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang alasan bahawa peruntukan tidak mencukupi, kita di dalam Dewan yang mulia ini telah meluluskan pakej rangsangan RM67 bilion yang begitu besar. Walaupun kita ada bajet yang dibentangkan pada sesi ini dan juga pakej rangsangan, kita masih mendengar bahawa kerajaan masih tidak lagi cukup peruntukan. Di dalam kawasan saya di Selayang, juga ada projek untuk meluaskan lebuh raya daripada tol kepada bandar Rawang yang telah disenaraikan dalam RMK-9, tetapi selepas pilihan raya, kita telah diberitahu bahawa projek ini tidak ada peruntukan dan akan dibuat dalam RMK-10.
2030
Soalan saya ialah, mengapa kita tidak boleh menggunakan pakej rangsangan RM67 bilion ini untuk memberikan peruntukan kepada projek-projek di Rawang dan seperti projek yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Klang?
Dato’ Yong Khoon Seng: Tuan Pengerusi, tadi saya sudah jawab. Pakej rangsangan sebenarnya kita hendak menjalankan projek dengan secara fast track. Kalau buat jambatan tol ambil lebih daripada 24 bulan, ia tidak menolong untuk menaikkan aktiviti ekonomi dalam program itu. Itu adalah sebabnya.
Tuan Charles Santiago [Klang]: Sebenarnya saya diberitahu oleh kontraktor-kontraktor JKR bahawa projek ini boleh dihabiskan kurang daripada dua tahun. Oleh itu boleh dimasukkan dalam pakej rangsangan ekonomi. Akan tetapi malangnya tiada. So ini menjadi satu persoalan bahawa adakah ini merupakan satu cara untuk ‘anak tiri’ kan pengundi-pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat? Itu yang menjadi masalah sekarang.
Dato’ Yong Khoon Seng: Kita tidak mempolitikkan projek. Tidak ada… [Tepuk] Yang Berhormat Tenom minta penjelasan pembinaan jambatan di Tenom di bawah Butiran 08230. Kita telah merancang dalam program menggantikan jambatan negeri Sabah dengan membina tiga jambatan di daerah Tenom, Tuaran, termasuk Jambatan Nandatuan di Tenom. Reka bentuk sedang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Yang Berhormat Tenom juga minta penjelasan terhadap keadaan jalan yang curam bagi Projek Kemabong, Sipitang dan Keningau, Kimanis. Projek-projek ini dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan disiapkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Kementerian sedar bahawa jalan-jalan tersebut melalui kawasan yang bergunung-ganang. Untuk jalan-jalan bergunung-ganang, mountain road, kecuraman yang dibenarkan tidak melebihi 12%. Namun demikian, kementerian sedar kecuraman jalan melebihi piawaian di beberapa bahagian. Kementerian akan menjalankan kajian bagi mengenal pasti kawasan-kawasan yang
Source : Sin Chew Daily, 5/12/09
Title : “Dawn” of Klang third bridge? Work Ministry “considers” the project in the 10th Malaysia Plan

Source : Nan Yang Daily, 5/12/09
Title : Klang third bridge’s implementation postponed to 10th Malaysia Plan
