Teks Ucapan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago Sempena Pembahasan Belanjawan 2010 di Parlimen Malaysia.

Bahagian 1 : Strategi Kerajaan Mengatasi Kegawatan Ekonomi dan Hak Rakyat Kepada Maklumat Mengenai Perbelanjaan Pakej Rangsangan Ekonomi

Apabila Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan belanjawaan 2010, beliau mengatakan bahawa Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi negatif sebanyak 3-4 peratus untuk tahun 2009.

Soalan saya ia lah apa kah strategi persediaan kerajaan kalau krisis global berlanjutan hingga 2010?

Ini ada lah penting, memandangkan FDI atau pelaburan dari luar negara termasuk pelaburan  peniaga-peniaga tempatan telah menurun.  Ekspot negara jatuh. Competitiveness atau kapasiti daya saing negara kita dengan negara negara lain telah jatuh 3 tangga menurut World Economic Forum. Dan kedudukan Malaysia telah jatuh dua tangga dalam Lapuran ‘Doing Business’ yang di terbitkan olih Bank Dunia.

Menurut penyelidikan InsightAsia Research Group yang di umumkan dua hari yang lalu, keyakinan pengguna pengguna Malaysia terhadap ekonomi Malaysia ada lah dalam tahap rendah.  Menurut lapuran mereka, consumers “view of the current economy is still negative and consumers overall are slightly dissatisfied with their financial well being…. The general feeling among consumers is that this is a bad time to buy major household products”.

Menurut lapuran yang sama, di negara-negara ASEAN lain, seperti Singapura, Indonesia dan Thailand, kepercayaan dan keyakinan golongan pengguna penguna terhadap ekonomi masing masing  telah meningkat secara signifikan.

Ada lah jelas bahawa  pihak pelabur asing dan tempatan termasuk penguna tempatan tidak ada  keyakinan atau confidence terhadap ekonomi Malaysia.

Olih kerana keadaan yang meruncing ini, apa kah persedian atau strategi kerajaan kalau krisis ekonomi berlanjutan ke 2010.

Soalan ini harus di ambil berat olih  pihak kerajaan.

Menurut Nobel Laureate dan Pakar Ekonomi , Joseph Stiglitz “the US recession is  ‘nowhere near’ an end and the economy’s third quarter growth rate of 3.5 percent, the first expansion in more than a year, won’t carry into 2010”.

Menurut Stiglitz, expansion atau tingkat pertumbuhan 3.5 peratus sangat bergantung kepada pada pelbagai langkah stimulus yang di implemantasikan oleh pentadbiran Obama.

Apa yang kita meneliti di Amerika Syarikat pertumbuhan ekonomi “was a result of a government driven stimulus package and thus not sustainable” dalam jangka panjang.

Pada am nya, kita dapati bahawa di negara negara lain di ASEAN, pakej perangsang ekonomi masing masing telah menolong negara nagara seperti Singapura, Thailand, dan Indonesia  pulih balik dan tidak mengalami pertumbuhan negatif.

Malah di  konteks ASEAN, hanya Malaysia yang masih belum pulih daripada krisis ekonomi global.

Tetapi, kita di Malaysia implemantasikan pakej perangsang ekonomi lebih awal daripada negara negara lain di rantau ini, tetapi masih dalam territory negatif.

Saya cadang supaya kerajaan telus dan akauntabel dalam perlaksanaan pakej perangrasang ekonomi satu dan dua yang berjumlah RM 67 billion.

Kerajaan harus memberi tahu rakyat

a)      Berapakah pekerjaan telah di wujudkan sepanjang perlaksanaan Pakej Rangsang Ekonomi Satu dan Kedua;

b)      Berapa kah peratus pertumbuhan dalam ekonomi di dorong oleh kedua dua pakej rangsang ekonomi;

c)      Ada kah kerajaan sudi menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (Parliamentary Select Committee) untuk  menyemak pelaksanaan dan impak pakej perangsang ekonomi;

d)      Dalam konteks ini saya minta kerajaan menjelaskan perbelanjaan sebenar nya daripada pakej perangsang untuk sekolah sekolah Tamil dan Cina. Berapa sekolah menerima peruntukan dan status perbelanjaan wang ini.

 

———————————————————————————————————————————————————

巴生国会议员查尔斯圣地亚哥文告,2009119日于国会

克服经济衰退的策略,透明化经济振兴配套

当首相兼财政部长公布2010年财政预算案,他指出2009年马来西亚的经济负成长约三至四巴仙。

我的问题是,如果全球经济危机持续到2010年,政府有何应对策略?

这非常重要,因为外国直接投资和国内投资已减少,国内出口下降。根据世界经济论坛,我国的竞争力已连降三级;根据世界银行发表的“做生意”报告,我国的排名也降了两级。

根据两天前透视亚洲研究机构发表的报告,马来西亚消费人对国家经济的信心低落,消费人“认为现今经济仍然负面,整体上消费人稍微不满他们的金融状况…消费人的普遍感觉是这是购买大型家庭器具的坏时机”

同样一份报告指出,其它东协国家如新加坡、印尼和泰国,消费人对经济的信心已显著提高。

这清楚显示,国内外投资者和消费人对大马的经济没有信心。

在如此严峻的情况下,如果经济危机持续到2010年,政府有何准备和策略?

政府应严正看待这个问题。

诺贝尔得奖人和经济专家约瑟夫·史迪格里兹(Joseph Stiglitz)指出,“美国经济还没触底,第三季的经济成长是3.5巴仙,这一年内的第一次扩张,将无法带入2010年”

根据史迪格里兹,扩张或3.5巴仙的成长很大依赖于奥巴马政府落实的各种振兴配套。

我们注意到,美国的经济成长“是由政府振兴配套驱动和不能持久”,从长远来看。

普遍上,我们知道东协其它国家的经济振兴配套已协助经济复苏,例如新加坡、泰国和印尼,它们已走出经济负成长。

在东协内,仅有马来西亚还未从全球经济危机中复苏。

我国落实经济振兴配套比区域内其它国家更早,但还是处于负成长。

我建议政府在落实高达670亿令吉的经济振兴配套方面秉持透明化和负责任的文化。

政府必须告诉人民:

(一)两个经济振兴配套在落实后制造了多少个就业机会?

(二)第一和第二个经济振兴配套催高了多少巴仙的经济成长?

(三)政府是否愿意成立国会特选委员会监督经济振兴配套的落实和影响?

(四)我建议政府公布两个振兴配套花费在淡小和华小的数额。多少学校获得拨款和这笔拨款的现况。