Sumber : Hansard 24/6/09

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Klang.

Tuan Charles Santiago [Klang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pada 15 Jun 2009 iaitu hari pertama sidang Parlimen yang ke-12 ini, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan telah memberitahu Dewan yang mulia ini daripada jumlah RM7 bilion yang diperuntukkan itu untuk pakej rangsangan ekonomi pertama sebanyak RM6.95 bilion atau 99% telah diagihkan. RM4.02 bilion telah ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor dan bakinya sedang dalam proses untuk ditawarkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian kepada Dewan ini kepada satu faktor yang telah dinyatakan oleh Menteri Kewangan ini iaitu sehingga 5 Jun 2009, hanya projek bernilai RM1.4 bilion telah siap dilaksanakan. Saya ulang sekali telah siap dilaksanakan.

Ini bermaksud bahawa pihak kerajaan hanya belanja lebih kurang 20% daripada wang yang diperuntukkan dalam Pakej Rangsangan Pertama. Dalam bulan Mei 2009 iaitu bulan yang lalu, Maybank Investment Berhad melaporkan bahawa sehingga 12 Mei 2009, hanya RM79 juta atau 11% dibelanjakan. Menteri Kewangan juga mengatakan bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua sejumlah RM4.2 bilion telah diagihkan sehingga 5 Jun 2009 tetapi hanya sejumlah RM1.2 bilion yang telah disiapkan.

This work out to about dengan izin 2%. Two percent of the RM 60 billion yang telah diperuntukkan untuk pakej kedua. Kalau kita ambil kedua-dua Pakej Rangsangan ini maka iaitu RM67 bilion kerajaan hanya belanja 3.9% dalam tujuh bulan lalu iaitu daripada November 2008 hingga Mei 2009 untuk memulihkan ekonomi negara. Tindakan kerajaan dalam mengurus Pakej Rangsangan Pertama dan Kedua tidak meyakinkan dan saya mesti katakan mengecewakan. Ternyata pihak kerajaan tidak memiliki political will untuk melaksanakan Pakej Rangsangan berjumlah RM67 bilion ini.

Kalau kita ambil contoh di Australia Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negara itu telah membelanjakan RM10 bilion AUD dalam tiga minggu di bulan Disember 2008 untuk member suntikan sebanyak 1.2% GDP growth untuk ekonomi mereka pada tahun 2009. Suntikan ini ditujukan sebagai kusyen perlindungan kepada anticipator recession dalam negara itu. Oleh sebab kelembapan dan dalam pelaksanaan Pakej Rangsangan Pertama dan Kedua, negara kita telah menghilang atau hilang kesempatan emas, a golden opportunity untuk memperlindungkan ekonomi kita daripada kegawatan yang melanda dunia ini termasuk Malaysia.

Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, we should not be surprised that the Malaysian economy telah mencatat negative growth sebanyak 6.2% termasuk a decline domestic as well as private consumption dan juga export growth. The government must share a major responsibility for these, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, timing and targeting is of astern dalam pelaksanaan pakej rangsangan atau stimulus package. Timing and targeting is of astern in the implementation, dengan izin, stimulus packages. Oleh sebab lambat dan lembap dalam menangani krisis kemelesetan ekonomi maka orang ramai termasuk pihak swasta khususnya pihak swasta luar, pekerja-pekerja di Malaysia hilang kepercayaan terhadap kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang saya hendak bangkitkan ialah peranan wakil Kementerian Kewangan termasuk Kementerian Pengangkutan dan wakil Economic Planning Unit sebagai Ahli Lembaga Pelabuhan Klang atau Port Klang Authorities.

Laporan audit PricewaterhouseCoopers mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang telah menguatkan lagi dakwaan selama ini dan telah diketepikan oleh pihak kerajaan bahawa projek yang dibiayai dengan wang rakyat itu dilanda kelemahan dan kecacatan sejak dari mula Project Port Klang Free Zone dilaksanakan lagi. Antara fakta yang disahkan PricewaterhouseCoopers ialah Port Klang Free Zone berdepan dengan peningkatan kos kelemahan dalam urus tadbir dan pengurusan projek yang berlaku konflik kepentingan atau conflict of interest oleh pengurusan Port Klang Free Zone dan pihak kontraktor. Apa yang tidak disebut dalam laporan PricewaterhouseCoopers ialah penyalahgunaan kuasa. Gross negligence on the part of state authorities, regulators dan pengurusan Lembaga Pelabuhan Klang yang juga telah mengakibatkan kegagalan Port Klang Free Zone.

Mengapakah wakil Kementerian Kewangan, Pengangkutan dan juga Unit Perancangan Ekonomi ataupun Economic Planning Unit senyap apabila penyelewengan berlaku? Adakah mereka intimidasi oleh pihak tertentu atau dibeli oleh pihak tertentu atau terpaksa tutup mata kerana takut penganiayaan terhadap mereka atau mereka bekerjasama dengan pihak tertentu. Jelas, bahawa wakil-wakil kerajaan telah gagal untuk memantau dan menjaga kepentingan bukan sahaja kepentingan kerajaan tetapi juga untuk mempertahankan hak rakyat yang telas mencetuskan isu skandal Port Klang Free Zone.

Dalam konteks ini regulators dan juga badan-badan kerajaan seperti SPRM, Pejabat Auditor General, Attorney General termasuk Security Commission memang mengetahui mengenai penyelewengan Port Klang Free Zone empat hingga lima tahun yang lalu tetapi gagal melakukan tanggungjawab mereka. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang timbul dalam soalan Port Klang Free Zone adalah kalau kita tidak dapat percayai wakil-wakil kerajaan atau regulators, siapa lagi yang dapat menjamin dan memperjuangkan kepentingan kerajaan dan hak rakyat?

Banyak soalan timbul dalam skandal Port Klang Free Zone ini dan saya harap dapat jawapan daripada Menteri berkenaan. Pertama, mengapakah tidak ada tender terbuka untuk memilih kontraktor Port Klang Free Zone. Bagaimanakah pihak penjual tanah diberi kontrak untuk membangunkan tanah yang sama?

Bukankah ini bertentangan dengan dasar Kementerian Kewangan? Apakah tujuan pengurusan LPK untuk menggunakan peguam luar daripada peguam-peguam dalaman atau panel peguam sendiri? Ini juga adalah tentangan dengan dasar kerajaan. Bagaimana mungkin bahawa perjanjian akhir ataupun final development agreement yang telah ditandatangani pada 27 Februari 2003, telah berjaya menggugurkan peranan Independent Quality Surveyor untuk menentukan perubahan penilaian atau variation cost.

Dalam dua draf yang sebelum ini, peranan Independent Quality Surveyor ialah untuk menentukan perubahan penilaian atau variation cost tetapi dalam final development agreement, variation cost akan ditentukan oleh LPK sendiri, Lembaga Pelabuhan Klang sendiri. This is a major conflict of interest and major abuse of power.

Adakah benar bahawa the final development agreement yang ditandatangani pada 27 Februari 2003 tidak disetujui dan tidak disokong oleh Kementerian Kewangan dan Economic Planning Unit tetapi perjanjian itu ditandatangani dan dapat persetujuan daripada Menteri Pengangkutan pada masa itu dan ditandatangani oleh Pengurus Besar LPK dan di saksi oleh Pengurus Personel LPK.

Saya juga ingin tahu daripada Menteri adakah benar bahawa development agreement bertarikh 27 Mac 2004 ditandatangani secara rahsia dan tidak ada keterlibatan Lembaga LPK termasuk Kementerian Kewangan dan juga Economic Planning Unit. Perjanjian ini telah disusun secara peribadi oleh Pengurus Besar LPK dengan menggunakan peguam luar yang sama.

Perjanjian ini telah ditandatangani pada 27 Mac 2004 dan distamp pada 9 April 2004 dan Lembaga LPK hanya diberitahu mengenai perjanjian ini selepas 14 hari.

Tuan Yang di-Pertua, ada banyak isu lagi dan saya ada banyak butir hendak bincang, oleh kerana ada masalah masa saya akan habis pada hari ini tetapi saya akan minta penjelasan daripada pihak Menteri…

Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Sebelum itu..

Tuan Charles Santiago [Klang]: Tuan Yang di-Pertua, fiasco Port Klang Free Zone ini…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak ada masa sudah Yang Berhormat. Cukuplah. Tidak perlulah.

Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Minta penjelasan, sekejap sahaja. Terima kasih. Tadi ada disebut Pengurus Besar LPK, adakah Pengurus Besar LPK yang tersebut Datin Paduka O.C. Phang? Ini adalah Datin Paduka O.C. Phang adalah seorang pengurus besar yang telah menjawat jawatan tersebut semasa Tun Dr. Lim Leong Sik menjadi Menteri Pengangkutan dan juga Datin Paduka O.C. Phang masih di situ sebagai pengurus besar semasa Datuk Seri Chan Kong Choy sebagai Menteri Pengangkutan dan juga seterusnya.

O.C. Pang walaupun namanya tidak dikesan, tidak disebut-sebut oleh MACC tetapi kenapa orang itu tidak dipanggil supaya dapat memberi penjelasan mengenai apa yang telah berlaku dan Lembaga Pengurusan itu, sampai tidak diberi pemberitahuan apabila keputusan yang besar-besar itu telah dibuat tanpa memberitahu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Terima kasih.

Tuan Charles Santiago [Klang]: Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sebenarnya selepas tahun 1999, Pengurus Besar LPK adalah Datin Paduka O C Pang dan beliaulah yang menguruskan semua development agreement dan malangnya sampai ke hari ini beliau belum disiasat lagi. Sebenarnya banyak report telah dibuat kepada MACC atau sebelum itu ACA, tetapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan ataupun belum dipanggil untuk investigation oleh ACA, polis dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, fiasco Port Klang Free Zone ini merupakan skandal kewangan yang terbesar di Malaysia dari negara kita. Isu ini tidak boleh di swept under the carpet sebab, ini adalah implikasi untuk keyakinan di kalangan pelabur-pelabur asing mahupun tempatan. Akan tetapi lebih penting Tuan Yang di-Pertua, ialah kegagalan regulators. Kegagalan regulators termasuk badan-badan kerajaan serta kesenyapan pemimpin-pemimpin negara yang tidak mempertahankan kepentingan kerajaan dan rakyat, menunjukkan bahawa negara kita mula menunjukkan ciri-ciri sebuah negara yang sedang gagal, a failing state. Kerajaan harus membentuk sebuah Royal Commission untuk menyiasat wrong doings dan salah guna kuasa di Port Klang Free Zone untuk kembalikan kepercayaan dan keyakinan pelabur mahupun rakyat tempatan dalam institusi tempatan demi menjaga kepentingan kerajaan dan hak rakyat. Terima kasih.