Sumber : TV Selangor
Pihak berkuasa tidak perlu menghalang perhimpunan secara aman kerana ia tidak menjejaskan ketenteraman awam, katanya Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim.
Mengulas tindakan pihak polis dan FRU yang menghalang majlis makan malam anjuran ahli parlimen DAP Klang, Chales Santiago, malam tadi, beliau berkata tindakan itu adalah tidak wajar.
“Jika perhimpunan itu tidak menjejaskan keamanan dan memberi kesan kepada masyarakat ia sepatutnya boleh dilakukan,” katanya.
Difahamkan, majlis yang dijangka dihadiri 3,000 orang itu bertujuan mengumpul dana untuk parti.
Bagaimanapun, polis mengepung tapak majlis makan malam itu dan merampas peralatan pembesar suara yang digunakan.
Menteri Besar berkata, beliau dimaklumkan permit yang diberi oleh pihak polis, telah ditarik balik pada saat-saat akhir.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media selepas merasmikan perhimpunan bulanan kakitangan awam anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pagi ini.
Beliau berkata, polis harus bertimbangrasa dan membenarkan perjumpaan secara terbuka yang tidak mengancam keamanan dan keselamatan rakyat.
“Saya berharap pihak polis lebih bertimbangrasa kerana banyak majlis yang menghimpunkan ramai orang seperti kenduri kawin tetapi tidak memerlukan permit boleh dilakukan, kenapa majlis makan malam tidak boleh.”
Dalam perkembangan lain, Tan Sri Khalid berkata, Kerajaan negeri masih meneruskan usaha mencegah kebakaran di kawasan-kawasan tanah gambut seperti Johan Setia dan Jalan Kebun, yang menjadi antara punca jerebu di negeri ini.
23 June, 2009 at 9:11 am
Sejak bila perhimpunan pembangkang adakah secara aman??Apabila semua samseng jalanan bertemu kamu kata aman???Kamu menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan orang seperti saya kamu masih kata aman?Kenapa tak buat dalam stadium tak menganggu sesiapa pun.Khalid Elizabeth,lain kali fikir dulu sebelum cakap!
23 June, 2009 at 2:47 pm
Sdr Shamsul Iskandar,
Kamu ini betul-betul menyokong samseng UMNO, MCA dan MIC sebab hanya samseng sahaja yang kenal samseng dan bergaul dengan samseng. Untuk makluman sdr pada hari tersebut tiada samseng dan yang ada hanyalah rakyat Malaysia yang terdiri dari penyokong DAP dan PAKATAN yang ingin menikmati jamuan makan malam. Saya berada disitu kerana menghantar kereta untuk dicuci dan di ‘polish’ dan saya layak memberi komen berdasarkan penglihatan, pendengaran dan pancaindera yang saya ada. Hari tersebut juga jalan lenggang dan kedai banyak yang tutup sebab hari cuti. Kawasan diadakan majlis makan malam itupun letaknya bukan di tepi jalan utama tetapi sebaliknya di antara deretan kedai di bahagian belakang.Jalan tak sesak pun tetapi mata disesakkan oleh pandangan kereta peronda polis bersenjata dan trak FRU! Khemah dan kerusi meja untuk makanpun telah disusun dengan eluk. Cuma yang tak eluknya adalah kehadiran polis yang membuat roadblock, berlegar berkali-kali dengan kereta peronda dari Bukit Tinggi, Jalan Bayu Perdana, Jalan Pandamaran hinggalah ke Tesco! Apakah untuk mengadakan majlis makan malam sebegini perlukan kehadiran sebegitu ramai polis dan FRU? Tidak tahukah saudara bahawa tenaga Polis itu sepatutnya digunakan untuk sesuatu yang lebih berfaedah untuk kesejahteraan rakyat. Bukankah anggota polis itu diberi gaji hasil dari duit rakyat melalui cukai yang dibayar dari rakyat termasuklah saudara sendiri?. Bukankah wang itu juga adalah sebahagian dari wang yang diperuntukkan dalam belanja urus kerajaan?. Bukankah jika wang yang diperuntukkan itu dibelanjakan dengan berhemah maka rakyat akan menikmati hidup yang lebih baik dan berkualiti? Wang rakyat perlu dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat dan bukan untuk mengancam rakyat! Sdr bukan sahaja tidak berfikir sebelum bercakap tetapi sdr juga gagal menguruskan akal dan fikiran sdr dengan baik kerana mungkin termakan dengan makanan UMNO/BN yang membuatkan saudara buta mata dan hati!
23 June, 2009 at 3:22 pm
One out of every 100 police personnel in the whole of Malaysia attended Father’s Day dinner in Klang organised by DAP. They had nothing better to do, except to attend DAP’s 43rd anniversary dinner bringing along 2 water cannon trucks. DAP should thank them for their coming.