Source : Hansard 12 Nov, page 53-57
Tuan Charles Santiago [Klang]: Yang Berhormat Menteri, soalan susulan. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri soalan saya berkait dengan kelapa sawit, kestabilan harga dan juga aktiviti lobi kelapa sawit. Beberapa bulan lalu Yang Berhormat Menteri telah membuat lawatan ke Eropah untuk lobi Ahli Parlimen Kesatuan Eropah atau European Community dan Menteri Alam Sekitar Belanda tentang bantahan penggunaan bahan kelapa sawit oleh pertubuhan bukan kerajaan di Eropah termasuk Friends of the Earth dan sebagainya.
Ini merupakan usaha kerajaan untuk menukarkan persepsi negatif policy makers terhadap produk Malaysia. Bagaimanapun saya mendapati strategi kempen kementerian ada beberapa kelemahan dan misalnya laporan Friends of the Earth yang bertajuk Malaysian Palm Oil Green Gold or Green Wash, a commentary on the sustainability claims of Malaysia’s Palms oil lobby, with a special focus on the state of Sarawak sebenarnya mencabar the claims made by Kerajaan Malaysia, dan juga MPOC dan saya just want to read two paragraph here dalam bahasa Inggeris dengan izin,
“This Friends of the Earth report challenges MPOC’s ‘green’ claims, so as to prevent decision makers including consumers from mislead ….”
Then it goes further and says it is not the first time – it is verbatim Yang Berhormat Menteri.
“It is not the first time that Friends of the Earth has challenged MPOC’s public claims. In January 2008, the UK Advertising Standards Authority ruled that and MPOC television commercial ‘had not provided substantiation to show that all palm oil plantations in Malaysian met criteria for sustainable production and was likely to mislead’. MPOC ignored the ASA ruling, and instead stepped up its marketing, promotion and lobby campaign with more, and bolder claims.”
Yang Berhormat Menteri ini adalah satu kritik yang begitu hangat, perkara itu
very serious criticism on Malaysian sustainability of palm oil production, so saya fikir as part of strange to stabilkan harga, we also must be to full enough what we are doing in our country now.
Terima kasih. Minta penjelasan.
[..............]
Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat dari Putatan dan Tawau. Saya hendak jawab tentang Green Watch ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat Klang. Green Watch ini Yang Berhormat memang satu propagandalah saya rasa. Kalau saya hendak sebut FOE atau Friends of the Earth ini, memang dia punya tugas ialah untuk menentang kita dan dia akan cari pelbagai cara dan pelbagai alasan untuk menentang kita. Kita tahu Friends of the Earth is not the friends of sawit. Kita tahu dia tidak ambil apa-apa langkah. Kalau kita buat yang betul seumpamanya, dia tidak memuji kita tetapi dia cari alasan seperti yang di dalam laporan itu.
Saya pun baca, Yang Berhormat. Saya pun baca laporan itu dan kita pun ambil tindakan untuk menjawab. Kita sudah jawab kepada pihak FOE ini dan kita rasa ini satu disservice to the world. Kalau dia hendak sebut kita kurangkan bekalan ini, bermakna ini satu bahan yang memang diperlukan oleh dunia. Kita tahu hari ini banyak negara yang membeli minyak sawit.
Sebab apa? Sebab mereka memerlukannya. Friends of the Earth saya sebut tadi, dia bukan hendak puji kita untuk menanam sawit. Dia hendak bantah kita, cari alasan, seumpamanya, kita deforest lah, kita membunuh orang utanlah dan lain-lain lagi.
Kita tahu kalau kita sebut di Semenanjung Malaysia hari ini melalui Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) ini, kita sudah ada ladang-ladang yang mempunyai standard yang terbaik di dunia dan kita digunakan oleh pihak
soy bean dan pihak rapeseed. Kita mengamalkan satu standard yang tertinggi di dunia dan UB dan SimeDarby sudah dapat sijil ini.
Memanglah ada kawasan-kawasan yang belum dapat but they are not stopping them. Kita tidak berhentikan mereka ini. Ambil dan cari ruang untuk memperbaiki ladang mereka. Akan tetapi hakikatnya ialah kita ada usaha seperti RSPO yang dipelopori oleh syarikat-syarikat Malaysia dan itulah satu perkara yang kita sebagai Malaysian ini we should be proud of our Malaysian companies yang boleh dapat ambil tindakan seperti itu yang tidak ada syarikat-syarikat sedunia yang mempunyai standard yang tinggi seperti yang diamalkan oleh ‘UB’ dan SimeDarby dan KLK dan sebagainya.
Tuan Charles Santiago [Klang]: Yang Berhormat Menteri.
Datuk Peter Chin Fah Kui: Ada lagi? Hendak bela FOE?
Tuan Charles Santiago [Klang]: Hendak bela kementerian lah. Yang Berhormat Menteri, soal sekarang ialah adakah kritik FOE benar atau tidak? Ataupun alasan. Soalan saya, benar atau tidak and is there element of truth in what they are saying because argument mereka ialah the kelapa sawit Malaysia tidak embrace or doesn’t follow; zero burning, deforestation, indigenous people violation, environmental impact assessment dan carbon dioxide.
So, ini adalah Executive Summary tetapi laporan mereka tebal sangat. So therefore, bila kita hendak eksport produk kita, memang propaganda pun mestilah benar. So therefore we have to challenge them if they are not right. So, where is the challenge dan soalan saya itu adakah cabaran mereka itu benar atau tidak dan kalau benar apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi kritikan mereka. Saya faham RSPO itu adalah satu standard yang baru dikeluarkan dan hanya UPE has the certification and not SimeDarby as I understand.
Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui: Yang Berhormat, SimeDarby sudah dapat. Sudah dapat, ya. Akan tetapi yang saya sebutkan ialah kita sebagai satu kementerian, satu negara yang menanam sawit, kita menggalakkan semua pengusaha termasuk pekebun kecil untuk mengamalkan RSPO ini.
Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: [Bangun]
Datuk Peter Chin Fah Kui: That is our principle and that is our dasar dengan izin kita sudah ke arah itu. Ambil tindakan-tindakan yang wajar dan langkah-langkah yang tepat supaya kita boleh mendapatkan keseluruhannya industri kelapa sawit satu hari nanti mendapat sijil daripada RSPO…
Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Menteri, boleh kita dengar Yang Berhormat Mambong sikit, Yang Berhormat Menteri?
Datuk Peter Chin Fah Kui: Baik, baik. Just let me finish this. Sebab itulah satu langkah yang saya rasa kita perlu ambil dan kementerian sudah menetapkan bahawa kita akan menggalakkan semua peringkat sama ada ladang atau pekebun kecil suatu hari nanti dapat sijil daripada RSPO. Ini keazaman kita dan kita tidak lari daripada itu but we have to work to achieve. Kita tidak dapat sijil itu dalam sekelip mata dan kalau FOE pandai, dia boleh tanya pihak pengusaha di Eropah yang tanam soy bean dan rapeseed. Tanya mereka sama ada mereka mengamalkan cara-cara yang kita sudah dapat dalam langkah yang pertama mengamalkannya melalui RSPO. You can ask them.
Akan tetapi dia tidak jawab. Saya pergi di Eropah. Saya challenge dia. Tidak jawab. Why are you applying double standard dengan izin, Tuan Pengerusi. Apa sebabnya kita hanya sawit saja yang kena laksanakan yang disebutkan deforestation dan sebagainya.
Tuan Charles Santiago [Klang]: Yang Berhormat Menteri, adakah benar bahawa selepas report ini keluar, kerajaan Belanda ataupun ekonomi Belanda telah mengurangkan import kelapa sawit dalam Malaysia oleh kerana laporan-laporan seperti ini telah dikeluarkan di Eropah dan sebagainya. Ini adalah penting kerana kalau we don’t address this issue, we are doing a disservice to our economy and especially the plantation sector.
Datuk Peter Chin Fah Kui: Yang Berhormat, saya tak sebut kita tidak address isu itu. That’s why RSPO is there. Kita address, kita cuba tapi kita tak boleh sekelip mata meminta semua industri mengamalkannya, tak boleh. Yang pekebun kecil ini yang memiliki termasuk FELDA, RISDA, FELCRA, SELCRA di Sarawak dan sebagainya. Semua ini mempunyai ladangladang mereka dan ladang ini dimiliki oleh pekebun kecil. Hanya syarikat FELDA mengendalikannya on behalf sebagai satu badan untuk mengendalikan pekebun ini.
Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat.
Datuk Peter Chin Fah Kui: Kita kenalah faham bahawa kalau kita hendak ikuti RSPO, prinsip RSPO ini, mereka kena belanja banyak dan mengendalikan estetnya, meminta pihak auditor daripada luar negeri untuk buat certification dan sebagainya. Semua ini memerlukan belanja dan kita tidak boleh dalam masa yang singkat terus meminta estet-estet kita mengamalkan RSPO ini keseluruhannya. We are going to do it but on the step by step, dengan izin.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat tadi.
Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dapat laporan ini, Malaysian Palm Oil greenwash dalam bentuk berwarna daripada kawan-kawan saya daripada FOE International. Saya telah mengenali mereka sejak tahun 1989 dan saya telah pun berbincang dengan mereka tentang perkara yang sebenar. Jadi, memang saya dah kenal strategi mereka, apa yang mereka buat dan siapakah pihak yang mana mereka berkempen untuk mengeluarkan laporan seperti ini. Itu memang semua tahu, ini adalah satu politik komoditi antarabangsa.
Saya telah pun juga di dalam United Nation Conference on Environment and Development pada tahun 1992 menyatakan perkara ini dengan mendalam dan sebenar tetapi mereka enggan menjawab. Inilah tugas-tugas NGO antarabangsa.
Mereka menggunakan NGO kita juga supaya mendapat maklumat dan memberi maklumat yang tidak betul, tidak benar. Jadi, inilah yang mereka selalu buat dan tugas kita di dalam The Malaysian Peak Society adalah untuk menjelaskan yang sebenarnya kepada mereka. Itulah sebabnya kami menubuhkan The Malaysian Peak Society supaya kami boleh bekerjasama dengan kerajaan untuk menjelaskan perkara-perkara yang sebenar tentang kelapa sawit ini. Terima kasih.