Source : Hansard 17.7.08, page 121

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ya, saya akan teruskan.Saya tahu ini peringkat jawatankuasa. Terima kasih Tuan Pengerusi atas nasihat.

Saya ingin menarik perhatian kepada RM130 juta untuk kos pelaksanaan perlanjutan kempen Tahun Melawat Malaysia dan projek pelancongan Eye on Malaysia. Saya hendak tahu keseluruhan kempen ini, kempen Tahun Melawat Malaysia telah mengguna pakai berapa perbelanjaannya dan tahap pencapaian kempen ini.

Saya juga ingin fokus kepada projek pelancongan Eye on Malaysia. Sebelum ini dalam tahun lepas saya pernah bangkitkan berkenaan projek Eye on Malaysia ini yang di mana kerajaan telah menurut laporan telah menggunakan RM30 juta untuk sewa Eye on Malaysia ini.

Saya hendak tahu keseluruhannya projek pelancongan Eye on Malaysia iaitu view Eye of Malaysia ini setakat ini berapakah kos perbelanjaannya dan saya hendak tahu berapa pelawat yang telah melawat Eye on Malaysia ini dalam negara dan luar negara.

Berapakah tiket yang telah dibeli oleh kementerian-kementerian, kerajaan daripada syarikat yang diberi projek ini bagi memastikan bahawa perniagaan berjalan bagi Eye on Malaysia ini dan memandangkan negeri Melaka telah mengambil alih Eye on Malaysia ini dan kononnya ada laporan menyatakan ia akan mengguna pakai juga perbelanjaan untuk merobohkan Eye on Malaysia ini. Jadi dengan ringkas keseluruhan Eye on Malaysia, berapa perbelanjaan diguna pakai.

Jika kementerian kata Eye on Malaysia ini berjaya, mengapakah ia tidak diteruskan sebab kita nampak di Singapura, dia ada Singapore Flyer. Di mana mereka mengguna lima tahun untuk merancang, membina tetapi Eye on Malaysia satu setengah tahun sahaja Tuan Pengerusi dan dengar laporan ada RM30 untuk bayar sewa. Kalau berjaya mengapa tidak kekalkan kalau tidak ini di mana kesilapan dan apakah ini pembaziran sebenarnya. Jadi saya pohon data-data tersebut. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Terima kasih. Yang Berhormat Batu. Selepas Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat batu Pahat.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan item ketiga ini sebanyak RM12 juta bagi membiayai kempen pengiklanan di Singapura, , Kazakhstan, Indonesia dan Visit Malaysia Year. Saya ingin tahu apakah hubungan kita Malaysia ini dengan Kazakhstan. Bagaimana potensi pelancong-pelancong dari Kazakhstan datang ke Malaysia serta berapa kalau kita ada breakdown pengiklanan untuk Kazakhstan ini.
Apakah justifikasi yang digunakan oleh kerajaan supaya kita mengiklankan di Kazakhstan dan tumpu dalam ini, adakah hanya kerajaan sedang jumpa satu pasaran yang begitu besar sehingga kita perlu pengiklanan di Kazakhstan tetapi bukan di negara-negara Eropah, China, India dan negara-negara yang lain? Terima kasih.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Batu Pahat.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga membangkitkan B.31 ini ialah tentang Butiran Tiga sahaja iaitu perbelanjaan tambahan sebanyak RM12 juta untuk kempen pengiklanan di Singapura, Kazakhstan, Indonesia dan juga travel fair yang dibuat di Singapura.
Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah dari segi penjenamaan ini, iklan yang dipasang di Singapura ini, apakah kita masih mengekalkan penjenamaan Malaysia Truly Asia ini ataupun, apakah kita ada cadangan untuk tukarkan sahaja Malaysia unik di Malaysia sebab saya tahu, bahawa orang Singapura dia memang ramai datang ke Malaysia lebih kerana perkara lain seperti makanan dan tidak lebih daripada itu. Sebab itu kalau kita lihat kereta Singapura ini ia banyak di Johor dan di Kuala Lumpur. Saya nampak ia tidak pergi jauh sampai ke Kelantan, Terengganu dan sebagainya.
Jadi sebab itulah saya membangkitkan perkara ini sebab apa yang saya dapati iklaniklan yang ada di Singapura itu dia seolah-olah kita bukan menjual budaya kita, kesenian kita, sejarah dan keindahan semula jadi. Jadi sebab itulah saya takut ini tidak begitu berkesan. Saya mengambil contoh Singapura mengadakan F1 di waktu malam.

Jadi, apakah sebenarnya kita mengambil peluang daripada kalendar F1 Singapura itu untuk kita menarik pelancong masuk ke negara kita terutamanya ke Johor sebab Johor itu pun banyak kawasan yang menarik sebenarnya? Sebab itulah saya menanyakan persoalan ini ialah sebab apabila berlaku F1 di tempat kita, Singapura yang mengambil untung sebab mereka turun di Singapura terlebih dahulu.
Sebab itulah kalau kita lihat tadi sebagai contohnya Indonesia di Bali, oleh sebab Bali tidak ada direct flight daripada negara Eropah, tetapi mereka transit di Kuala Lumpur dan mereka terus ke Bali bukan maksudnya mereka akan tinggal dua, tiga hari di Kuala Lumpur. Jadi ini perkara yang ingin saya tanyakan. Terakhir ialah tentang levi kereta Singapura yang masuk ke Malaysia.

Saya ingat lagi tahun lalu Menteri Pelancongan kita sebelum ini ada mengatakan, bahawa levi akan dikenakan pada kereta-kereta Singapura yang masuk ke Malaysia ini diumumkan oleh Menteri Pelancongan, tetapi saya lihat hingga ke hari ini pun kita tidak lagi melaksanakannya. Jadi saya ingin maklumat tentang perkara ini. Terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bertanya mengenai Maksud B.31 item dua ini mengenai sebanyak RM25 juta penambahannya. Apa yang saya hendak tahu dari menteri ialah mengenai, adakah dalam jumlah ini kita agih-agihkan untuk setiap negeri kerana apa yang saya tahu macam negeri Sarawak tahun lepas dari industri pelancongan sahaja kita dapat mengutip sebanyak RM4.6 bilion? Jadi, saya hendak tahu sama ada dari RM25 juta ini kita mengagihkan untuk setiap negeri untuk industri pelancongan? Terima kasih.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Pasir Mas. Selepas Yang Berhormat Pasir Mas Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Pengerusi, mengenai Maksud B.31. Saya hendak minta pecahan perbelanjaan RM130 juta, iaitu berapa kos yang digunakan untuk perlanjutan kempen di luar negara untuk Tahun Melawat Malaysia dan berapa kos dibelanjakan dalam negara dan kos projek pelancongan Eye On Malaysia, bermakna ada tiga perkara ini.
Saya hendak tahu apakah dalam kempen perlanjutan Tahun Melawat Malaysia di luar negara? Apakah Kelantan diketengahkan sebagai sebuah negeri yang mempunyai potensi pelancongan yang diminati oleh pelancong, kerana keindahan alamnya yang cantik, pantai, bukit, gua dan orang-orangnya pun baik-baik, ramah mesranya cukup hebat? Alhamdulillah.

Adakah dibawa macam Menora, Mak Yong, Puteri, yang ini semua ini adalah unsurunsur budaya yang boleh dicommercializekan, yang boleh dijadikan bahan untuk tarikan pelancongan? Sebab saya kira Kelantan mempunyai potensi yang cukup baik, janganlah kerana perbezaan politik, Kelantan diketepikan kerana ianya boleh membawa faedah yang banyak kepada Malaysia sebab pelancong luar Tuan Pengerusi, daripada Eropah semua ini dia bukan hendak tengok bangunan-bangunan besar lagi, tempat mereka sudah banyak. Hiburan-hiburan mereka tidak perlu. Mereka come here, dengan izin, they want to be closed to the nature.

Macam kalau pergi ke Sabah dia hendak tengok, hendak naik Gunung Kinabalu, dia hendak tengok hutan, dia hendak tengok air, dia hendak dengar bunyi burung-burung, dia hendak macam ini. Ini yang mereka perlukan bukan lagi suasana bandar yang bising dan pelancong-pelancong ini pula saya tengok orang-orang yang dewasa, suami isteri berpimpin tangan, very loving saya tengok, orang Jepun saya tengok. Ini yang patut kita sasarkan, yang saya hendak tahu. Selepas itu dari segi perbelanjaan pula Tuan Pengerusi, ini penting pasal banyak. Perbelanjaan Kementerian Pelancongan ini untuk promosi pelancongan ia bukan macam melaksana tender-tender kontrak ini, ia lebih kepada ad hoc punya decision. Maknanya by
quotation, kalau ada acara-acara, event-event.

Jadi saya hendak tanya, apakah banyak perbelanjaan di dalam kempen ini termasuk yang kedua, RM25 juta ini dibuat secara ad hoc basis Kalau ad hoc basis apakah ianya di outsourcing? Kalau outsourcing berapa syarikat yang dapat peluang? Jangan ditompokkan di satu syarikat sahaja supaya banyak syarikat diberi peluang untuk menjadi event manager atau pengurusan. Sebab saya dengar rungutan di luar, katanyalah mungkin betul mungkin tidak betul, hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang ada kabel, dengan pihak-pihak tertentu mereka diberi peluang lebih, buat iklankah, buat buku iklankah, buat buku cenderamatakah, jadi
golongan-golongan tertentu.
Jadi itu sahaja yang saya hendak bangkit Tuan Pengerusi supaya ianya boleh dilihat, di samping kita berbelanja untuk program pelancongan ini, ia juga boleh menentukan perbelanjaan yang diurus secara amanah. Jadi saya lupa tadi sedikit yang RM25 juta ini apakah produknya, produk acara-acara pelancongan ini? Sebab sebelum ini saya tengok kalau di Kelantan yang dalam negeri, depa dok buat jamuan makan Tuan Pengerusi. Jamu makan sana, jamu makan sini, ada sekali skala bagi kain pelekat sama sendiri, pelancong tidak datang. Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Terima kasih. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Tuan Pengerusi, saya juga hendak sentuh sedikit tentang Eye On Malaysia. Saya hendak tahu, apakah rasionalnya Kementerian Pelancongan menggunakan sebahagian wang peruntukan ini memberi harga tiket sebanyak RM5.2 juta dari syarikat yang mengendalikan Projek Pelancongan Eye On Malaysia dan kemudiannya diagih kepada kementerian yang lain? Adakah tindakan ini hanya semata-mata hendak menyelamatkan syarikat itu yang dikatakan mengalami masalah kewangan? Sejauh manakah Eye On Malaysia ini dapat menarik pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri? Kalau ianya betul-betul dapat menarik pelancong, mengapa syarikat yang mengendali mengalami kerugian, dan mengapa projek yang hanya dirancang setahun kemudian dilanjutkan setengah tahun lagi?
Mengapa kita tidak merangka atau membina satu Eye On Malaysia yang kekal selamalamanya seperti mana yang berlaku di negara lain, seperti England dan juga Singapore? Mohon diberi penjelasan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Tuan Pengerusi. Saya ingin jugalah berbahas atas Maksud B.31. Tadi kita sudah dengar banyak tentang Eye On Malaysia, saya ingin bertanya sedikit juga mengenai projek ini.

Tuan Pengerusi, Eye On Malaysia dikatakan satu projek yang berjaya. Kelmarin Yang Berhormat Menteri ada katakan ini di Dewan yang mulia ini, dan juga penganjur Eye On Malaysia ini semasa perbincangan dengan Kerajaan Negeri Melaka, juga mengatakan ini akan membawa keuntungan besar kepada negeri Melaka, jika Melaka menyewa atau membeli dengan terus projek ini.
Selepas Melaka membelanjakan RM4.3 juta untuk Eye On Malaysia, sekarang satu persoalan telah ditanyakan di rakyat Melaka ini, betulkah Eye On Malaysia ini boleh mendapatkan keuntungan kepada negeri Melaka?

Saya ingin tahu tentang syarat-syarat yang terikat dengan kontrak semasa kementerian yang menyewa projek ini. Dan tadi Yang Berhormat Batu Gajah dan juga dari lainnya menanya tentang pendapatan atau kutipan oleh projek ini dan juga sewaan. Saya harap bahawa jawapan yang diberi oleh kementerian ini dapat dengan jelas. Kita tahu adakah keputusan oleh Kerajaan Negeri Melaka ada betul ke tidak atas projek ini. Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Timbalan menteri menjawab.

Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Berkenaan Sarawak boleh sedikit? Terima kasih Tuan Pengerusi saya hanya menyentuh Maksud B.31 Perkara iii sebanyak RM12 juta untuk membiayai kempen pengiklanan. Soalan saya ataupun sebelum itu kita di Sarawak ataupun di Malaysia ada satu produk pelancongan yang begitu special, terulung, termasyhur, tidak ada yang sama di dunia ini iaitu Gunung Mulu, Gua Mulu bukan gunung.
Saya ingin bertanya berapakah telah dibelanjakan oleh kementerian selama ini untuk mempromosikan Gua Mulu ini? Dan juga oleh kerana Gua Mulu ini adalah semula jadi kita tidak membelanjakan beratusan juta untuk kita mewujudkannya. Kita Cuma akan berbelanja sedikit untuk kita membangunkan infrastruktur membawa, memudahkan pelancong pergi ke sana dan balik. Mengapakah kerajaan ataupun kementerian tidak menumpu perhatian yang sepatutnya kepada pembangunan untuk kita meraih potensi yang sebenarnya yang berpotensi begitu besar produk pelancongan Gua Mulu ini.

Jadi cadangan saya silalah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini ataupun tahun yang akan datang bagikan bolehkah kementerian ini untuk mendapat lebih banyak peruntukkan untuk kita membangunkan ataupun mempromosikan Gua Mulu ini sebagai produk pelancongan di negeri Sarawak dan di Malaysia juga. Terima kasih.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya terima kasih Yang Berhormat. Sila menteri.

Timbalan Menteri Pelancongan [Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi saya hendak tanya sedikit berapa lama saya diberi untuk menjawab ini sebab kalau dilihat dengan soalan-soalan tadi sampai pukul 9.00 pun boleh.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat kalau dapat disiapkan dalam 15 minit itu elok.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: 15 minit, saya cubalah. Tuan Pengerusi program yang dijalankan untuk RM12 juta bagi pembiayaan kempen pengiklanan di Singapura, Kazakhstan, Indonesia dan Visit Malaysia Year dengan izin, Travel Fair di Singapura. Antara program yang dijalankan ialah Program Insentif Visit Malaysia Year sebanyak RM865,000 pada Travel Fair Singapura.

Peruntukan ini telah digunakan untuk menjalankan Travel Fair Singapura. Jumlah pengunjung adalah dianggarkan 30,000 orang. Program yang telah dilaksanakan di lokasi berkenaan adalah Suntex Singapore International Convention and Exhibition Centre. Program telah membantu dalam peningkatan kedatangan pelancong dari 9,656,251 orang pada tahun 2006 ke 10,492,692 orang pada tahun 2007.

Seterusnya pengiklanan bersama Luxury Tours and Travel Pte Singapura peruntukan RM1,422,308 peruntukan ini telah digunakan untuk menjalankan kempen pengiklanan luaran di 30 buah bas persiaran Syarikat Luxury Tours and Travel Pte Limited. Strategi pengiklanan dilihat dapat memberi kesedaran dan peringatan yang sangat tinggi untuk Malaysia di pasaran ini.
Kempen Rasa Sayang Malaysia September hingga Disember 2007 peruntukan sebanyak RM6,728,125. Kempen Rasa Sayang Malaysia telah dilancarkan pada 4 September 2007. Kempen ini adalah sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50. Objektif bagi kempen ini adalah untuk menyuntik semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia dan pada masa yang sama menggalakkan mereka menjemput rakan-rakan niaga dan keluarga di luar negara untuk melawat dan melancong ke negara ini.
Program insentif Visit Malaysia Year pengiklanan di pasaran Kazakhstan peruntukkan sebanyak RM1,237,726 pengiklanan di pasaran Kazakhstan berlaku dari bulan September hingga November 2007. Kempen pengiklanan paparan pengeluaran untuk pasaran Jakarta, Surabaya, Bali, Banda Acheh dan Medan peruntukan sebanyak RM1,184,302.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Menteri, timbalan menteri.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Dia masih baca senarai itukan? Masih?
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Tadi ada minta breakdown.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat sudah habis baca senarai?

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Banyak lagi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ha tunggu Yang Berhormat ya.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Untuk [Mencari teks]. Kalau boleh tanya dahulu.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bolehlah bagi.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Soalan saya yang tadi belum dijawab ialah Kazakhstan. Apakah alasan kita pergi ke Kazakhstan dan juga apa significant pada musim itu kita bagi iklan, mengapa tidak Turkmenistan atau tempat-tempat lain. Terima kasih.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Tuan Pengerusi soalan-soalan ada jawapannya tetapi soalan yang pertama hendak dijawab dahulu.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Okeylah tunggulah Yang Berhormat. Apa Yang Berhormat Menteri kata itu tunggulah. Tetapi kalau yang banyak sangat Yang Berhormat Menteri minta dipendekkan sedikit.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Okey. Kalau Yang Berhormat dapat kita jawab secara bertulis soalan yang tadi mengenai breakdown.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya saya bersetujuYang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Untuk Kazakhstan, Kazakhstan adalah negara yang berpotensi tinggi, populasi negara Kazakhstan adalah lebih kurang 15 juta orang, growth rate sebanyak 0.33% di 2007. Dan ada berkaitan dengan relationship untuk rakyat Kazakhstan datang ke sini seperti mana kerajaan Malaysia telah pergi ke Kazakhstan dahulu.
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Timbalan menteri bolehkah beri maklumat berapa ramai pelancong datang dari Kazakhstan selepas kempen ini? Kalau boleh juga tanya sama ada kita survey potensi ke Mongolia tidak?
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Seramai 2,270 orang dari Kazakhstan telah datang ke Malaysia. Mana tadi, sudah hilang sudah. Untuk pelancongan Tuan Pengerusi, kita melihat negeri-negeri mana yang patut kita membuat promotion dan kita telah melihat di manakah tempat-tempat yang senang dipromosikan dengan kurang wang dan sebanyak impak supaya pelancong-pelancong datang ke Malaysia.
Kazakhstan adalah yang dilihat sebagai negeri yang berpotensi untuk mendatangkan pelancong dari negeri sana. Untuk Eye On Malaysia, ini hot topic, tetapi mata semua tidak pandang sini. Tuan Pengerusi, kutipan keseluruhan untuk Eye On Malaysia ialah lebih kurang RM1.5 juta. Break down tidak payah la. Belian tiket Eye On Malaysia pada tahun 2007. Tujuan pembelian diberi kepada agen-agen pelancongan serantau regional yang menggunakan tiket Eye On Malaysia sebagai insentif bagi menggalakkan lebih ramai pelancong-pelancong asing membeli pakej lawatan ke Malaysia.

Di samping itu, tiket juga diberi kepada sekolah-sekolah terpilih di Singapura bagi menarik lawatan school excursion dengan izin oleh murid-murid sekolah. Promosi Malaysia Truly Asia masih diteruskan.
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan. Eye On Malaysia.

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Penjelasan Eye On Malaysia.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Silakan.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat, tadi saya minta pecahanpecahan, bukan sekadar kutipan sahaja tetapi perbelanjaannya. Kesemua pelaksanaannya, sewanya , kos membinanya, kos merobohkannya, maintenancenya. Selain daripada itu, tikettiket yang dibeli, berapakah jumlah yang diberi oleh kementerian sendiri untuk diberi secara percuma.

Kalau memandangkan Eye On Malaysia boleh menarik pelancong, tak kan ambil peluang ini beri tiket. Kalau berpandangan tiket percuma, kita tidak payah guna taktik sedemikian. Ini sudah salah taktik. Ini bazirkan wang untuk mengayakan syarikat-syarikat tertentu.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengatakan di sini bahawa.
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Jadi, kalau Yang Berhormat beri jawapan baik-baik [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Yang Berhormat, cara menarik pelancong ada macam-macam cara. Ada satu sahaja. Tak kan kita hendak buat macam promosikan Mulu sahaja. Kita mahu promosi banyak cara. Ada yang beri insentif, ada yang beri kepada agen-agen, banyak lagi ada. Untuk pengetahuan Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Minta laluan Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Cukup Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Tuan Pengerusi, semalam.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Tuan Pengerusi, kalau saya tidak jawab, sampai malam.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Cukup Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Eye On Malaysia. Soalan sedikit tetapi ini penting. Ini kerana semalam saya telah mengemukakan satu isu yang mana Kementerian Pelancongan telah membeli 500,000 tiket.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: I already explain …
Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: The question was, is that a bail out
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: It is not a bail out. It is a promotion dengan izin.

Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: [Bercakap tanpa pembesar suara] surat khabar tempatan dan juga termasuk blog dan sebagainya menyatakan bahawa this was a bail out.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Blog adalah dalam Internet. Dalam Internet, macam-macam claim boleh dibuat dan…
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Itu spekulasi sahaja.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat duduk. Belum habis pun.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Tuan Pengerusi, spekulasi janganlah dibawa ke Dewan yang mulia ini.
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat, minta penjelasan. Boleh kita sama-sama dalam Dewan ini pastikan spekulasi ini dilenyapkan. Bagi jawapan kementerian.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Sudah dijawab tadi Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Mana ada jawab perbelanjaan pecahannya. Mengaku ke tidak 500,000 tiket diberi kerana bail out.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Ini bukan bail out. Ini promosi.
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Jadi berapa perbelanjaan keseluruhan Eye On Malaysia ini?
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Keseluruhan, saya akan menjawab soalan.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat batu Gajah.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Yang Berhormat, saya akan jawab

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tunggu, tunggu. Yang Berhormat Batu Gajah duduk dahulu lah. Dengar dahulu.
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: [Bercakap tanpa pembesar suara] …jawab tidak bersedia.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Tidak dengar.

Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Bail out ke tidak bail out?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak apalah, tidak apalah.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya kata Yang Berhormat Timbalan Menteri selalu datang dalam Dewan menjawab tidak bersedia.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Yang Berhormat, if you allow me to speak in English, I will speak very well in English kalau dengan izin.
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya tidak minta bahasa Inggeris.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, Yang Berhormat, Yang Berhormat
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: … datang dalam Dewan tidak bersedia dengan jawapannya. Ini perkara sangat khusus. Eye On Malaysia.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Yang Berhormat, kalau…
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Batu Gajah, saya dengar juga pertanyaan dan menteri kata dia hendak jawab. Duduk la dahulu.
Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Jangan buang masa, straight to the point. Jawab.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Berapa banyak soalan tadi, who is wasting time?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Menteri, jangan dengar sangat la. Carry on sahaja jawapan itu.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Yang Berhormat, soalan berapakah harga keseluruhan yang dibayar untuk Eye On Malaysia? Pada tahun 2007 sebanyak RM43 juta dibelanjakan dan untuk tahun 2008 berjumlah RM9 juta. [Ketawa] Yang Berhormat cukup?
Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Pohon serius timbalan menteri.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya pohon yang lebih mendalam pecahannya.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Hendak mendalam pecahan lagi?

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Sewa berapa, maintenance berapa, pelaksanaan berapa?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Berapa dalam dia hendak.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat, kita bayar RM52 juta, kutipan baru RM1.5 juta. Yang Berhormat, Yang Berhormat don’t play in the House.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Yang Berhormat, dengan izin the question here is you want the break down. If you want the break down, I can give the break down but I can tell you for a fact, the rest of Yang Berhormat here, will be quite annoyed because their question may not be answered, dengan izin.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudahlah Yang Berhormat Kota Melaka duduklah. Tolonglah Yang Berhormat.

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Berlainan sedikit Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak apa, yang lain demikian lainlah.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Jadi, Yang Berhormat.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima ugutlah saya.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat sahaja yang interested dengan break down, saya akan menjawab secara bertulis.
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Syarat-syarat utama dari yang mengikat dengan perjanjian, saya hendak kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat jawab tentang syarat-syarat yang terikat dengan perjanjian itu atau sewaan itu.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Tuan Pengerusi, soalan-soalan dengan izin ridiculous ini.

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, ini bukan ridiculous sebab negeri Melaka akan belanja RM43 juta untuk bina Eyes On Malaysia. Kita mesti mahu tahu ini akan…
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Ini kerana sebab…

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: …bawa keuntungan ke negeri Melaka atau tidak. Kalau satu projek yang gagal, takkan kita nak Melaka bawa satu projek yang gagal. Sebab itu kita nak tahu. Jangan katakan ini ridiculous. Ini amat penting kepada negeri Melaka.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Tuan Pengerusi.

Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: [Menyampuk] Bawa balik ke Kuching lah.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Kota Melaka, duduklah. Tolong.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Tuan Pengerusi, di Malaysia, kita telah menambahkan bilangan pelancong sebanyak 19.5% daripada 17.54 juta ketibaan pada tahun 2006 ke 20.97 juta ketibaan pada tahun 2007. Secara keseluruhan, pendapatan yang diperolehi daripada pelancongan asing telah bertambah sebanyak 27.1% daripada 36.27 bilion pada tahun 2006 kepada…
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Yang Berhormat Menteri.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: …kepada 46…

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Saya minta jalan.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Tak habis cakap lagi, tunggu sebentar!
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Boleh saya tunggu tapi bagi peluang ya.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Kota Melaka, duduklah.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Pada tahun 2007, sebanyak 46.09 bilion. [Dewan riuh] [Ketawa]
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kerana Eyes On Malaysia? [Ketawa]
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Tuan Pengerusi.
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Itu yang saya nak tanya. Adakah kerana Eyes on Malaysia. [Ketawa]
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Saya tak habis lagi. Tunggu saya habis cakap dulu. Kalau tidak sampai pukul 12 malam semua kita di sini. [Dewan riuh][Ketawa]

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Tuan Pengerusi, Kementerian Pelancongan telah berbuat secara banyak yang mungkin untuk meningkatkan pelancong datang ke Malaysia dan untuk membeli belah, spending money dengan izin, keseluruhan ekonomi untuk negara kita maju. RM40.09 bilion ini bukan masuk ke Kementerian Pelancongan, ia masuk ke ekonomi Malaysia. Kalau tak salah saya, kutipan ini adalah nombor tiga dalam GDP kita. [Ketawa]
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Sekarang boleh minta jalan?

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Sila.

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Okey. Tuan Pengerusi, saya ingin nak tanya timbalan menteri, adakah selepas angka-angka yang diberi ini bahawa timbalan menteri katakan Eyes On Malaysia ini berjaya, satu projek yang untung. Adakah ini yang timbalan menteri katakan bahawa Eyes On Malaysia ini satu projek yang betul-betul membawakan hasil dan keuntungan kepada sektor pelancongan.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Yang Berhormat, kalau kita lihat kos Petronas Twin Towers, itu adalah produk pelancongan juga. Twin Towers tertinggi di dunia dengan izin Tuan Pengerusi, Twin Towers. Jadi kita fikirlah ikon ini menarik pelancong datang ke negara kita. Ikon seperti Mulu juga menarik pelancong datang ke Malaysia. Kita di kementerian memang selalu mencari jalan untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Kos-kos yang dibayar untuk menarik pelancong ke Malaysia dapat dilihat dengan kepulangan duit ke ekonomi kita, ekonomi Malaysia. Bukan ekonomi Barisan Nasional, bukan ekonomi Pakatan Rakyat.
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Timbalan menteri, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Apa Yang Berhormat? Apa Yang Berhormat? Tak apalah.
Beberapa Ahli: Duduklah.
Seorang Ahli: Teruskanlah, teruskan.
Seorang Ahli: Awak duduklah dulu.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Saya tidak mahu bantuan.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Jadi yang tanya soalan-soalan tadi sekarang nampak minta cara bertulis.
Seorang Ahli: Esok kasik.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Tuan Pengerusi.
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Boleh lagi sambung sikit ke?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tak payahlah Yang Berhormat Kota Melaka, sudahlah. Cukup Yang Berhormat. [Ketawa]
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Bukan, belum habis lagi.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya tahu Yang Berhormat Kota Melaka belum habis cakap.
Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Tuan Pengerusi.
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Tuan Pengerusi, yang akhir saya nak tanyakan jika projek itu sebegitu berjaya, mengapa tak nak teruskan. Mengapa macam baik hati jual kepada Melaka dengan RM43 juta sahaja?

Seorang Ahli: Sebab dia bodoh.
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Jual dengan terus, bukan sewa.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Tuan Pengerusi, Kementerian Pelancongan bukan mahu highlight Kuala Lumpur sahaja, bukan sahaja mahu promote Langkawi, Penang, tetapi mahu dipromotekan seluruh negara. Jadi, kalau Melaka mahukan Eyes On Malaysia jadi Eyes On Malacca, biarkan. Lagi banyak pelancong akan pergi ke Melaka.
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: [Bangun][Tepuk]
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Nak tanya lagi?

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Ha boleh. Nak, nak lagi. sedikitlah.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Okey.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Melaka, sudahlah Yang Berhormat Melaka. Kalau Yang Berhormat betul sayang dengan Eyes On Malaysia itu, sayang dengan Melaka itu, tolong promote jugalah. Bantu kementerian. Tugas kita Yang Berhormat, tugas bersama. Ya.
Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Tuan Pengerusi, saya mahu memohon semua Yang Berhormat, kalau kita memang serius dalam kementerian-kementerian, kalau kita fikir kita tidak berapa puas, saya fikir Belanjawan 2009 bulan lapan nanti, ada peluang lagi. Kalau macam cara sekarang, macam cuma kita cerita saja, kelentong saja pun buang masa. [Dewan riuh]

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Kalau boleh saya minta….

Tuan Charles Santiago [Klang]: [Menyampuk] Tarik balik, tarik balik.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Saya minta semua bekerjasama pasal kita ada banyak lagi kementerian. So saya minta macam saya cadanglah, semua menteri, timbalan menteri ke jawab, kita terus ringkas sajalah. Direct to the question.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Okey.
Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Apa-apa soalan tanya daripada Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: [Menyampuk]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ha tak apa. Yang Berhormat, gulung sajalah Yang Berhormat. Gulung. Oleh kerana persoalannya pun bukan banyak sangat iaitu Eyes On Malaysia, lepas itu program acara-acara pelancongan dan program pelancongan dan lawatan Kazakhstan dan sebagainya. Saya ingat biar ringkas sajalah, detail itu kalau Yang Berhormat…
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini saya ingat kalau pembangkang dia mogok, dia keluar lagi cepat saya tengok. [Ketawa]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kita beri secara bertulislah Yang Berhormat. Yang detail banyak sangat itu. Saya tahu kalau details yang banyak sangat, dibacakan semua sekali, saya ingat satu malam pun tak habis.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Jadi Tuan Pengerusi, saya berterima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menanyakan soalan. Soalansoalan yang tidak dijawab akan dijawab secara bertulis. Terima kasih. [Tepuk]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya dengar tepuk itu mesti semua bersetuju lepas ini ya. [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM167,000,000 untuk Maksud B.31 di bawah Kementerian Pelancongan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM167,000,000 untuk Maksud B.31 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Ini orang kata ada baca sikit ini. Ada baca, itu semua bersetuju. [Ketawa]