PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. TUAN CHARLES ANTHONY A/L R. SANTIAGO (KLANG)
TARIKH : 25.6.2008
Y.B. TUAN CHARLES ANTHONY A/L R. SANTIAGO [KLANG] minta Menteri Pelajaran menyatakan senarai sekolah-sekolah Tamil yang akan diperbaiki dalam peruntukan RM40 juta yang dimaklumkan baru-baru ini. Bilakah pembaikan ini akan dimulakan, diselesaikan dan corak pembaikan (nature of repair)
JAWAPAN
Tuan yang Di Pertua,
Kerajaan amat prihatin kepada keperluan prasarana pendidikan di sekolah-sekolah bantuan termasuklah SJKT. Sehubungan itu, Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk projek ubah suai naik taraf (USNT) sekolah bantuan SJKT di seluruh negara. Peruntukan ini disalurkan melalui Kementerian Kewangan sebanyak RM30 juta dan Kementerian Pelajaran (KPM) sebanyak RM10 juta.
Bagi projek di bawah KPM, sebahagiannya telah siap dilaksanakan dan sebahagian lagi dalam peringkat pelaksanaan. Projek-projek di bawah peruntukan Kementerian Kewangan yang melibatkan pembinaan bilik-bilik darjah dan kantin akan diiklankan pada bulan Julai 2008.