Kenaikan harga minyak petrol dan diesel secara mendadak telah mengakibatkan rakyat Malaysia berhidup dalam suasana inflasi tinggi.
Barangan keperluan harian termasuk makanan naik harga, alat tulis naik harga, syarikat bas sekolah juga hendak naik caj perkhidmatan. Sebelum ini, harga beras, sayuran-sayuran, malah harga ikan dan ayam pun sudah naik.
Kehidupan rakyat akan semakin teruk dengan peningkatan tarif elektrik pada bulan Julai dan pada akhir tahun ini, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan menaikkan tarif sebanyak 37%, ia akan mengesan pengguna-penguna di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Pemberian subsidi tunai RM625 kepada pemilik kereta dan motosikal adalah tidak cukup untuk menangani suasana inflasi begitu tinggi. Ia juga tidak melindungi golongan tanpa kenderaan dan pengguna kenderaan awam.
Maka, satu jaringan keselamatan sosial (safety net) yang komprehensif untuk semua perlu diadakan serta merta.
Saya turut mencadangkan kerajaan mengambil langkah-langkah seperti berikut :
1. Menggubal Akta Gaji Minima (Minimum wage act) supaya memenuhi keperluan hidup minimum pekerja, ia merupakan satu langkah yang paling baik untuk mencapai objektif membasmikan kemiskinan dan menangani inflasi. Di antara negara Asean, hanya Malaysia dan Singapura tidak mengamalkan Akta gaji Minima.
Mengkaji semula Garis kemiskinan bukan makanan (Non Food Poverty Line Income) iaitu RM691 mengikuti Rancangan Malaysia Ke-9 (Bab 16, m.s. 7)
2. Hentikan polisi ekonomi yang galak guna pekerja asing, peluang pekerjaan harus beri keutamaan kepada warganegara. Ini bermaksud bentuk ekonomi Malaysia mesti berubah daripada ‘intensif pekerja’ (labour-intensive)’ kepada ‘intensif ilmu (knowledge-intensive)’
Langkah (1) & (2) hanya boleh dijalankan serentak dengan melaksanakan dua teras utama yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9, iaitu :
Pertama : Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
Kedua : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta
memupuk ‘minda kelas pertama’
(Thrust 1: To Move the economy up the value chain
Thrust 2 : To raise the capacity for knowledge and innovation and nurture ‘first class mentality’)
Pelaksanaan teras utama di atas memerlukan keazaman politik (political will) yang kuat, Kerajaan Abdullah mesti menghentikan amalan politik kroni dan politik patronage, serta menghapuskan segala unsur-unsur perkauman dalam polisi sosial-ekonomi, gantikan dengan sistem meritokrasi.
3. ‘Memasyakatkan’ sumber asli Malaysia. Ahli-ahli parlimen Malaysia, tidak kira parti pemerintah atau parti pembangkang, bertanggungjawab memindakan Akta Pembangunan Petroleum 1974 fasal 3 (2) supaya Petronas is made accountable to Parlimen. Langkah ini akan memastikan pengurusan minyak negara telus dan accountable, kewujudan budaya ‘check and balance’ juga mengurangkan kebaziran sumber asli negara, memastikan setiap sen yang diguna oleh petronas adalah untuk kebaikan negara dan rakyat, khususnya generasi baru.
4. Bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk menubuhkan satu mekanisma ekonomi menangani crisis minyak dan makanan (crisis management mechanism), bertujuan menstabilkan harga-harga minyak, makanan dan lain-lain untuk memanfaatkan semua negara di Asean. Misalnya, negara-negara seperti Vietnam dan Thailand boleh jual beras kepada Malaysia dan Filipina pada harga yang mampu (at affordable rates) berbanding dengan harga pasaran dunia. Malaysia juga boleh jual petroleum dan Kelapa Sawit kepada negara ASEAN tanpa minyak dengan cara sama. Berkaitan dengan ini ASEAN mesti berkerjasama untuk membanteras kegiatan spekulasi oleh Pension funds, Hedge funds, dan firma-firma insuran dan investment bank seperti Goldman Sachs dan Morgan Stanely.
5. Kaji semula polisi penswastaan. Hentikan semua rundingan penswastaan yang sedang dijalankan, kaji semula kontrak swasta sedia ada (especially contracts which are sweet heart deals) supaya menjaga kepentingan rakyat dan menambahbaik kebajikan rakyat untuk mengatasi inflasi. Misalnya, kerajaan boleh mengambil alih lebuhraya swasta dan mengurangkan tol sebanyak 60 peratus atau menghapuskan semua tol lebuhraya. Di samping itu, kontrak Air yang melibatkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Selangor dengan Syabas dan kontrak TNB dengan IPP perlu dikaji semula supaya tarif diturunkan, untuk meringankan beban kehidupan rakyat. Tambahan pula, saya cadang kerajaan beri subsidi kesihataan kepada warga emas sebanyak RM 5000 supaya dapat menangani kenaikan kos kesihatan yang sangat tinggi. Saya berpendapat bahawa kerajaan mesti menghentikan penswastaan perkhidmatan hospital kerajaan supaya rakyat tidak di bebankan dengan kos kesihataan yang sangat tinggi.
6. Akhirnya saya cadang supaya satu Dana kewangan to tubuhkan untuk menolong SME (Small and Medium Enterprise) sebagai strategi jangka masa pendek (short term strategy). Di kawasan parlimen Klang, saya diberitahu bahawa peniaga-peniaga kecil terpaksa tamat perniagaan mereka oleh kerana peningkatan kos pengeluaran. Dana seperti ini boleh memberi ‘short term relief’ kepada peniaga-peniga kecil.
Yang Ikhlas
Charles Santiago