Source : Hansard 2008 05 21
Tuan Charles Santiago [Klang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Dasar negara kita ialah untuk membebaskan Aung San Suu Kyi dan juga untuk mengembalikan demokrasi di Myanmar, tetapi kita dapati beberapa GLCs negara kita yang melabur di sana dan juga dengan itu menyokong rejim di sana. Ini saya nampak ada satu percanggahan, satu contradiction. Mohon penjelasan.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan soal pelaburan syarikat-syarikat ataupun GLC rakyat Malaysia yang mengadakan pelaburannya di Myanmar, saya fikir tidak ada banyak kaitannya dengan soal menyokong rejim di situ, kerana seperti mana yang saya jelaskan tadi bahawa sebagai sebuah negara yang berjiran dan menjadi anggota ASEAN, kita akan mewujudkan satu gagasan untuk mewujudkan ASEAN Free Trade Area, di mana perhubungan ekonomi adalah merupakan satu matlamat ataupun objektif yang ingin dicapai di dalam gagasan ASEAN ini. Saya fikir perkara itu haruslah dilihat daripada sudut yang berbeza bahawa kita tidak boleh mengambil tindakan.
Sebab itu kita menghalang ataupun kita tidak mahu sekiranya ada tindakan-tindakan untuk mengenakan sekatan ekonomi kepada Myanmar, kerana perkara ini akan menyebabkan mereka, rakyatnya akan menghadapi lebih banyak masalah dan sudah tentu akan meminggirkan negara tersebut dan ini akan menyebabkan mereka akan melaksanakan dasar-dasar tutup pintu yang saya nyatakan sebelum ini, dan ini tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada usaha untuk mendemokrasikan ataupun membawa perubahan-perubahan politik di dalam negara tersebut. Tuan Yang di-Pertua…
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Bangun]
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ipoh Timur, Ipoh Barat dan Batu bangun, Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Minta penjelasan.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Bagi kepada Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, terima kasih. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut mengenai penahanan Aung San Suu Kyi yang sudah lebih daripada 17 tahun di dalam tahanan. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa pada hari Ahad ini, satu hari yang mustahak oleh kerana military junta Myanmar akan buat keputusan sama ada akan membaharui penahanan Aung San Suu Kyi.
Adakah Kerajaan Malaysia ada menyampaikan seruan supaya Aung San Suu Kyi dibebaskan dan tidak ada tindakan untuk membaharui dan memanjangkan penahanan Aung San Suu Kyi, oleh kerana sungguhpun Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut mengenai Treaty of Amity and Cooperation, sebenarnya tidak sebut mengenai ASEAN Charter. Yang lebih mustahak untuk menegaskan mengenai hak asasi.
Pada hari Ahad ini pun ialah conference ASEAN untuk fund, mengenai bencana siklon. Adakah Yang Berhormat pun setuju bahawa dalam perkara ini prestasi ASEAN dan Malaysia sangat buruk oleh kerana sungguhpun United Nations ada menganggarkan bahawa sekurangkurangnya ada 100 ribu orang yang menjadi mangsa meninggal dunia, hilang nyawa dan ada suku juta orang yang hilang, tetapi dekat tiga minggu barulah… Nyaris 75% mangsa-mangsa tidak dapat apa-apa bantuan oleh kerana sikap yang sangat zalim, sangat tidak berperikemanusiaan military junta yang tidak mahu membenarkan bantuanĀ antarabangsa dan pekerja-pekerja antarabangsa.
Kenapa ASEAN dan Malaysia dalam keadaan ini ambil satu sikap yang begitu cowardly, pengecut, tidak berani ambil tindakan yang tegas supaya military junta dan Kerajaan Myanmar lebih berperikemanusiaan, khasnya apabila military junta ada melanggari United Nations Principe yang mewajibkan setiap negara untuk memberi segala bantuan kepada mangsa-mangsa bencana, dan tidak halang apa-apa bantuan yang diberikan termasuk pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.
Kenapa Kerajaan Malaysia tidak rela buat begitu?
Dua perkara. Aung San Suu Kyi pada hari Ahad bahawa menyampaikan keputusan kepada military junta bebaskan Aung San Suu Kyi, tidak lagi membaharui atau memanjangkan penahanan. Kedua, mengenai siklon Nargis.
24 May, 2008 at 7:40 pm
YB Charles,
Sorry of being off topic.
The traffic congestion in Klang is getting unbearable. Certain road like Jalan Pasar has been made one way. When I’m in Klang town, I have no other choice but to go through Jalan Kapar out of Klang town. And towards the end of Jalan Kapar, we all know a fly-over is currently under construction. This has made the traffic even worse. I was stucked in Klang town for 1 hour before I could reached home.
I think the only solution to ease the traffic congestion in Klang is a third bridge to cross the Klang river, and not some fly-over. I don’t think a new flyover will solved the traffic woes in Klang because you still have to cross the Klang river from the Federal Highway to Klang and Port Klang and vice-versa. We have the old and current bridge fully congested during peak hours. Making it worse it the currently constructed fly-over.
Hope you can see the logic of this.
Thank you.