Source : Hansard 14 May 2008

Page 48

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Klang. Tiga minit sahaja, Yang Berhormat Klang. Cepat-cepat sikit. Kena cepat. 12.52 tgh.

Tuan Charles Santiago [Klang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta membahaskan Titah Baginda.

Tuan Yang di-Pertua, sekolah menengah persendirian Cina telah wujud lama sebagai sekolah swasta, tetapi sijil UEC ataupun Unified Examination Certification masih tidak diakui oleh Kerajaan Malaysia. Jadi pelajar yang memegang sijil tidak layak memohon masuk ke universiti tempatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, sijil ini telah diakui dan diterima sebagai syarat kemasukan beratus-ratus institusi tinggi di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Japan, Germany, New Zealand, Australia dan lainlain.

Jika kerajaan boleh terima sijil A Levels, mengapakah sijil UEC yang bertaraf tinggi ditolak? Hak pelajar yang memegang UEC dicabuli. Pemegang UEC sekolah persendirian terpaksa melanjutkan pelajaran di luar negara. Ini telah menyebabkan beribu-ribu graduan tidak pulang ke Malaysia, dan tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai citizen negara ini, dengan izin, dan juga menyumbang kepada pembangunan negara. Malah ini merupakan loss of human resources untuk negara kita.

Satu lagi perkara yang saya ingin sampaikan ialah kegiatan perniagaan di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. Saya menerima beberapa aduan bahawa didapati pihak pengurusan sekolah menjual buku-buku latihan kepada murid-murid untuk mendapat kickback yang tinggi. Tindakan ini bukan sahaja boleh melibatkan salah guna kuasa pihak pengurusan, tetapi juga membebankan murid-murid dengan kerja latihan yang keterlaluan. Saya berharap Menteri Pelajaran boleh menyiasat kes ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, baru-baru ini NTV7 pada 3 Mei 2008 telah menyiarkan program yang bertema pelarian, refugee dengan izin, untuk dijual. Program ini memaklumkan pelarian Burma ataupun Myanmar yang ditangkap oleh pegawai imigresen Malaysia semasa dihantar ke sempadan Malaysia-Thailand. Pegawai imigresen negara kita menjual pelarian tersebut kepada trafficker dengan harga RM300.

Trafficker seterusnyamemaksa pelarian membayar lebih kurang RM1,900 supaya boleh pulang semula ke Malaysia. Kalau tidak dapat mengutip wang tersebut, mereka akan dipukul, dijual kepadarumah pelacuran atau nelayan ikan sebagai buruh. Pelarian Burma lari ke Malaysia kerana penindasan politik di negara asal.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Sik.