29 April, 2008
DAP’s First Motion
Posted by charlessantiago under parliament | Tags: dap, hindraf, ISA, kota alam shah, manoharan, parliament, uthayakumar |28 April 2008
Menerusi Faks
Yang di Pertua,
Dewan Rakyat,
Parlimen.
YB Tan Sri,
Per: Notis Peraturan Mesyuarat 18 - Hindraf 5 dan lain-lain tahanan ISA
Ini adalah untuk memberikan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) untuk mengusulkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan pada hari Rabu, 30 April 2008, seperti berikut:
“Bahawa Dewan mengizinkan YB Lim Kit Siang untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan mengenai penahanan Hindraf 5 serta lain-lain tahanan di bawah ISA.
“Bahawa Dewan ini mengesa pentadbiran YAB Perdana Menteri menghormati dan mematuhi kehendak rakyat yang digambarkan dalam tsunami politik 8hb Mac tahun ini yang mahu melihat satu masyarakat Malaysia yang lebih demokratik, akauntabel dan maju dan membebaskan lima pemimpin Hindraf (Hindraf 5) - M Manoharan iaitu ADUN DAP kawasan Kota Alam Shah, P. Uthayakumar, V. Ganabatirau, R. Kenghadharan dan T. Vasantha Kumar - yang berada di bawah tahanan ISA sejak Disember 2007 serta lebih dari 60 tahanan ISA lain, ada antaranya yang telah berada dalam tahanan ISA lebih dari enam tahun.
“Penahanan Hindraf 5 Disember lepas yang berdasarkan dakwaan bahawa mereka adalah ‘pengganas’ telah dibuktikan langsung tidak berasas. Pemimpin MIC, Datuk Seri Samy Velu sendiri telah mengakui fakta in semasa diwawancara oleh media negara India dalam bulan Januari tahun ini.
“Dalam kes Hindraf 5, ISA digunakan untuk menafikan peluang masyarakat India menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana gagal dilayani secara adil oleh kerajaan BN sejak 50 tahun merdeka. Apa yang diminta adalah ruang menyertai pembangunan negara yang saksama, serta peluang menikmati pendidikan yang berkualiti dan kebebasan agama yang selaras dengan hak-hak seseorang rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
“Sama juga dengan penahanan ISA yang lain, yang sekiranya didapati memang mengancam keselamatan negara, sepatutnya dibicarakan di mahmakah terbuka dan bukannya menafikan kebebasan para tahanan dan membiarkan mereka menderita di bawah ISA.
“Keengganan kerajaan membebaskan Hindraf 5 serta berpuluh-puluh tahanan ISA yang lain menunjukkan kehendak rakyat supaya kerajaan mengubah sikapnya yang angguh, menghapuskan dasar-dasar yang tidak demokratik dan tidak adil masih tidak diendahkan.”
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
__________________
Lim Kit Siang
Ipoh Timur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.